Khasiat bunga Immortelle
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my
 |
RAHSIA kecantikan abadi jenama terkenal, L'Occitane, kini terungkai dengan pengenalan rangkaian produk antipenuaan, Immortelle, untuk membantu seseorang mengekalkan kejelitaan. |
RAHSIA kecantikan abadi jenama terkenal, L'Occitane, kini terungkai dengan pengenalan rangkaian produk antipenuaan, Immortelle, untuk membantu seseorang mengekalkan kejelitaan.
Ia dihasilkan daripada bunga kecil berwarna kuning, Immortelle Corsica, yang banyak terdapat di Pulau Corsica, Perancis.
Minyak pati bunga Immortelle Corsica atau nama saintifiknya, Helichrysum italicum dikatakan mempunyai khasiat tersendiri untuk membantu mengekalkan kecantikan supaya sentiasa awet muda dan berseri.
Ia dipercayai mempunyai kandungan antipenuaan yang membantu melindungi kulit daripada radikal bebas serta merangsang peredaran mikro di samping membantu memanfaat sepenuhnya bekalan nutrien dan oksigen kepada sel kulit.
Selain itu, ia membantu mempertingkatkan fungsi pengeluaran kolagen serta merangsang pembaharuan sel bagi memastikan kulit tampak muda, licin dan tidak berkedut.
Pengurus Pemasarannya, Coey Goh, berkata L'Occitane memperkenalkan dua produk rawatan malam terbaru menerusi rangkaian Immortelle iaitu Very Precious Regenrating Concentrate dan Very Precious Brightening Concentrate, bagi membantu wanita memperoleh kecantikan idaman.
Menurut Coey, dua produk berkenaan mengandungi minyak pati daripada 3,000 kuntum bunga Immortelle Corsica organik daripada Pulau Corsica sendiri.
Coey berkata, produk yang dicipta khusus untuk rawatan pada malam hari itu mengandungi ramuan istimewa yang membantu merangsang fungsi penting kulit dengan meningkatkan peredaran darah dan menyerap oksigen untuk menggandakan pembaharuan sel.
Katanya, selain minyak pati bunga berkenaan, serum malam Very Precious Regenrating Concentrate turut mengandungi minyak bunga matahari, evening primrose serta kaya dengan omega enam yang dipercayai membantu mengurangkan kedut, menguatkan kulit dan menjadikan ia lebih segar.
Serum Very Precious Brightening Concentrate pula mengandungi minyak pati limau gedang serta oren dan derivatif vitamin C bagi membantu menaikkan seri wajah, melengahkan tanda penuaan serta memastikan tona kulit sekata.
“Pihak L'Occitane menjalankan ujian in-vitro kepada 20 wanita selama empat minggu dan hasilnya kedutan pada kulit mereka berkurang 40 peratus.
“Kira-kira 82 peratus wanita yang diuji juga mendapati bintik gelap serta pigmentasi pada wajah mereka kembali pudar dan kulit menjadi lebih licin dengan sekata,” katanya pada majlis pengenalan produk berkenaan di ibu negara, baru-baru ini.
Coey berkata, bagi melengkap dan menambah keberkesanan produk berkenaan, pihaknya mengesyorkan ia diguna bersama rangkaian Immortelle lain seperti cecair penghalang sinar ultra ungu, krim pelembap, serum mata dan topeng wajah.
|