Ombak besar tambah 2 versi produk
SYARIKAT Ombak Besar Sdn Bhd (Ombak Besar) menambah dua versi dalam produknya iaitu Campsis Plus dan Body Shaping Cream bagi memberi kecantikan tambahan.
Produk itu amat sesuai bagi mereka yang ingin cantik, melangsingkan serta menjaga kesihatan tubuh badan dalaman atau luaran.
Campsis Plus adalah sejenis produk berbentuk kapsul yang berfungsi mengecilkan struktur tubuh seperti dagu, lengan, pinggang punggung dan paha.
Pengarah Pemasaran Ombak Besar, Shama Ismail, berkata Campsis Plus pula berperanan mengempiskan perut, membantu mengurangkan berat badan dengan membakar lemak air, angin, minyak dan tepu.
"Produk ini mampu melegakan sembelit dan pengguna yang mempunyai simptom badan yang banyak air, ia akan membuangnya melalui peluh," katanya.
Katanya, produk ini membantu pengguna mengeluarkan angin yang berlebihan dalam badan secara sendawa dan kentut.
"Pengguna diminta makan mengikut arahan. Bagi pengguna yang mempunyai berat badan 70 kilogram (kg), ambil biji sekali makan, sehari dua kali selepas makan manakala bagi 70 kg ke atas, dinasihatkan makan tiga biji sekali makan, dua kali sehari," katanya.
Body Shaping Cream pula adalah satu lagi produk yang perlu digunakan bersama Campsis Plus bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
"Body Shaping Cream berperanan membaiki bahagian luaran dan berfungsi memecah lemak di bawah lapisan kulit serta bertindak cepat meresap dan menghilangkannya.
"Produk ini mengandungi minyak jojoba dan limau purut yang kaya dengan vitamin C dan E bagi membantu menghaluskan dan mencantikkan kulit," katanya.
Beliau berkata, ia berfungsi menghilangkan garis rekahan akibat kegemukan atau selepas bersalin.
Shama berkata, kedua-dua produk itu diproses dan dihasilkan dikilang bertaraf GMP dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.
Campsis Plus dijual pada harga RM43.90 manakala Body Shaping Cream, RM16.90 bagi saiz 50 mililiter (ml) dan RM23.90 untuk 100 ml.
Maklumat lanjut mengenai kedua-dua produk ini boleh menghubungi stokis negeri masing-masing atau talian 03-2072 5555 atau 019-240 2733.
|