» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Tampil anggun dengan produk NV

Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my


BERDANDAN cantik untuk ke majlis tertentu sering membuatkan wanita resah cara hendak menata rias diri supaya tampil penuh pesona.

Ada kalanya masa amat terhad manakala majlis yang hendak dihadiri menuntut kepakaran berhias dalam masa sesingkat mungkin.

Mereka yang pakar mungkin banyak membantu namun perlu ke salun atau mendapatkan khidmat jurusolek berpengalaman.

Alangkah baiknya jika menyolek dan berdandan sendiri biarpun tidak mampu menyaingi kehebatan jurusolek berpengalaman.



Untuk mereka yang tercari-cari teknik mekap serasi dengan diri, NV menjadi jawapannya kerana produknya serba lengkap termasuk set NV Elegance (I dan II) bagi memenuhi impian penampilan berbeza.

Bagi memberikan kesegaran rupa, gunakan set untuk menanggalkan segala cela yang terdapat pada wajah yang sebelumnya dipenuhi bekas mekap yang merosakkan penampilan.

Pengurus yang juga penasihat kecantikan produk berkenaan, Linda Miskan, mengakui produk NV melakar sejarah tersendiri apabila jenama itu mampu duduk sebaris dengan pesaingnya kerana kualitinya menyeimbangi produk lain.

“Kami turut menawarkan banyak pilihan, daripada bedak, pensel mata, pensel bibir, pensel kening, bulu mata dan pembayangnya hingga kepada pemerah pipi dan gincu, yang memberikan ruang kepada penggemar untuk memilih mengikut cita rasa.

“Pilihan warna pula pelbagai supaya senang bagi pengguna membuat pilihan,” katanya.

Katanya, penampilan pek menawan serta aliran yang lebih terkini dan begitu feminin membuatkan produk terbaru NV menjadi intipan ramai.

Linda turut mengakui, syarikat menawarkan potongan istimewa kepada mereka yang mahu menjadi Rakan Usahawan NV dengan yuran pendaftaran semurah RM50 seumur hidup yang membolehkan peserta mengikuti kursus mekap secara bergerak di daerah masing-masing dengan mendapat pelbagai kelebihan.

“Bagi menjadi usahawan berdaya maju, ia memerlukan seseorang itu mengetahui selok-belok menggunakan alat mekap selain membentuk kreativiti terkini dalam meneroka teknik mekap yang digemari.

“Selain tampil cantik, menjadi jurusolek atau bergiat dalam bidang andaman memberikan banyak kelebihan dalam melonjakkan lebih ramai usahawan di bidang kecantikan.

“Kepakaran adalah aspek terpenting dalam bidang ini memandangkan permintaan terhadap alatan mekap semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat. Bahkan untuk menghadiri majlis atau keraian tertentu, majlis pertunangan mahupun perkahwinan, pastinya memerlukan khidmat juru andam yang hebat.

“Di sinilah kreativiti dan kepakaran anda teruji serta memerlukan suntikan baru dalam teknik solekan supaya lebih disesuaikan dengan kehendak semasa. Atas faktor itulah, kami mengambil inisiatif mengadakan kelas solekan dengan permintaan ramai di kalangan penggemar yang dahagakan ilmu dalam bidang berkenaan,” katanya.



Terima kasih:

Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, No 59, Lorong Haji Hussein 1, Off Jalan Raja Bot, Kampung Baru, Kuala Lumpur

Tel: 03-26915153/03-2692 5153

Mekap: Iss (019- 3839369)

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

it@Metro

vroom
lagi
bestari
lagi
santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker