Rawat tumit merekah
Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my
 |
TUMIT kaki merekah menjadi kebencian kepada sesetengah orang kerana mereka mungkin seolah-olah dilabel tidak pandai menjaga kebersihan diri. |
TUMIT kaki merekah menjadi kebencian kepada sesetengah orang kerana mereka mungkin seolah-olah dilabel tidak pandai menjaga kebersihan diri.
Pelbagai cara dilakukan sama ada menerusi amalan tradisional ataupun moden, masih tiada keserasian.
Bagi wanita, sudah pasti ramai yang beranggapan yang dia mengabaikan sebahagian aspek kecantikan diri yang dianugerahkan kepadanya.
Begitu juga dengan lelaki, mereka turut dipersalahkan kerana walau sesibuk manapun seseorang, kaum Adam juga harus mementingkan penampilan diri.
Bagi mengatasi masalah kekeringan dan kehitaman pada kaki, antara losen yang berada di pasaran kini adalah rumusan hasil campuran gamat dengan aloe vera.
Ketua Eksekutif D’Ayu Cosmetic Sale & Marketing, Ishan Ibrahim, berkata losen gamat dan aloe vera berkenaan bukan hanya membantu merawat rekahan kaki bahkan menjadi penawar jika kulit melecur akibat terkena air panas, percikan api dan gigitan serangga.
“Mereka yang ada masalah berkaitan dengan pancaran matahari yang keterlaluan juga boleh menggunakan losen Gamat Plus Aloe Vera ini yang senang dibawa ke mana-mana,” katanya.
Gamat atau timun laut adalah sejenis haiwan yang mengandungi bahan bioaktif yang memiliki khasiat dan nilai terapeutik.
Ia banyak digunakan dalam kebanyakan bahan perubatan disebabkan pelbagai keistimewaan yang dimilikinya.
Menurut Ishan, saponin adalah holothurin yang diperoleh daripada gamat membantu dalam penyembuhan luka, rawatan selepas bersalin dan bersifat antifungus.
Sementara itu katanya, aloe vera (pohon lidah buaya) bukan hanya sebagai tanaman hias tetapi terkenal dalam perubatan.
“Sejak dulu ia digunakan untuk membantu penyuburan rambut, penyembuhan luka dan perawatan kulit.
“Kandungan enzim, asid amino, mineral, vitamin serta polisakarida dalam aloe vera membuatkan tanaman ini berkhasiat sebagai ubat yang mujarab.
“Keistimewaan itu mendorong saya berbincang bersama pakar untuk menggabungkannya dengan gamat bagi memberi kesan lebih memberangsangkan,” katanya.
Menurut beliau, keluaran pertama, syarikat mensasarkan jualan 25,000 kotak dan ia kini semakin meningkat.
Mereka yang berminat menjadi pengedar boleh menghubungi D’Ayu Cosmetic di talian 03-40246195 atau SMS ke nombor 017-3008945.
|