Atasi masalah penuaan kulit
DIVISYEN derma teknologi jenama penjagaan dan kecantikan terkenal, Elizabeth Arden, memperkenalkan produk terbaru dalam rangkaian Prevage, Body Total Transforming Anti Aging Moisturiser, untuk membantu mengatasi masalah penuaan di kalangan wanita.
Produk berkenaan menggabungkan kebaikan Idebenone serta bahan antipenuaan terkini di dalam satu botol, khusus untuk membantu wanita dalam penjagaan kulit tubuh mereka.
Eksekutif Naib Presiden Pemasaran Global merangkap Pengurus Besar Elizabeth Arden USA, Elizabeth Park, berkata bahan utama yang terkandung dalam produk berkenaan iaitu Idebone yang sudah diuji secara klinikal.
Kata Elizabeth, penyegar kulit berkenaan diperkaya dengan antioksida paling kuat untuk membantu mengelakkan tanda penuaan manakala tripeptide kompleks bertindak balas dengan Idebenone untuk merawat masalah tubuh.
"Sejak pelancaran rawatan antipenuaan Prevage, ramai pelanggan bertanyakan mengenai produk khusus untuk tubuh.
"Pendedahan terhadap sinar matahari, kekeringan serta kehilangan keanjalan kulit menyebabkan kulit mula mengalami masalah seperti kesan regangan dan parut kecil.
"Kami mencipta pelembap antipenuaan Prevage ini untuk membantu wanita menjaga kecantikan tubuh badan mereka secara menyeluruh," katanya.
Produk berkenaan sudah berada di kaunter Elizabeth Arden di seluruh negara pada harga RM518. Untuk maklumat lanjut, layari prevageskin.com.
|