» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Watsons lega sakit kepala





MEMANFAATKAN kelebihan lavender, Watsons memperkenalkan rangkaian produk mandian dan penjagaan diri yang dilancarkan di ibu negara, baru-baru ini.

Rangkaian produk yang dihasilkan di negara ini itu mengandungi minyak pati dari Perancis yang direka untuk membantu melegakan minda serta memberi ketenangan dan merehatkan tubuh.

Ia terdiri daripada krim mandian, lulur badan, losyen badan serta losyen kaki dan tangan di samping produk pek kembara.

"Rangkaian produk mandian dan tubuh lavender Watsons ini adalah produk label syarikat keempat yang dilancarkan tahun ini.



"Menerusi penyelidikan dan pembangunan antarabangsa, ia memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati produk yang unik, inovatif dan berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan," kata Pengurus Besar Watsons Malaysia, Neil Maffey.

Lavender, satu daripada jenis bunga cukup bernilai ini menjadi sumber pelbagai jenis perawatan. Ia digunakan sekian lama untuk mengurangkan ketegangan, melegakan sakit kepala, menenangkan saraf dan merehatkan tubuh selain membantu seseorang untuk tidur lena.

Krim mandian berkenaan yang dirumus dengan protein gandum dan minyak lavender, membersih secara lembut serta membantu untuk merehatkan minda dan tubuh.

Lulur tubuhnya pula membantu menyingkirkan sisa yang terbentuk pada lapisan atas kulit serta elok digunakan sekali seminggu.

Krim tangan dan kaki lavender ini yang dirumus antara lain dengan kandungan minyak biji jojoba, aloe vera dan lavender, tidak melekit sekali gus membuatkannya mudah disapu pada kulit setiap hari.

Untuk mereka yang mahu mengembara, pek dilengkapi krim mandian dan losyen tubuh bersaiz 50 mililiter itu memang bersesuaian.

Rangkaian produk mandian dan penjagaan diri lavender itu boleh didapati pada harga mulai RM7.90 sehingga RM15.90.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker