» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Nikmat belai diri di Tjantek

Oleh Yooga Rani Murugiah
yooga@hmetro.com.my


SUASANA nyaman dan tenang yang tercipta di spa Tjantek memang mengagumkan sesiapa saja.

Berlatarkan pemandangan menghijau alam semula jadi menjadikan spa di Piasau Garden, kira-kira 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Miri, Sarawak ini seakan-akan rumah kampung, tempat cukup istimewa untuk beristirahat dan memberi pengalaman baru kepada pengunjungnya.

Pertama kali menjejak kaki ke spa berkenaan, bauan segar campuran minyak herba dan hembusan angin menyapa lembut menyambut mesra kedatangan pengunjung.

Sebaik melangkah masuk ke spa Tjantek, pengunjung pasti akan terpegun melihat dekorasi dalamannya menggunakan perhiasan daripada kayu untuk mewujudkan mood santai.



Pemilihan konsep neo nusantara yang digunakan ternyata dapat memberi satu kelainan yang mempunyai tarikan tersendiri.

Selain pakar dalam urutan Bali, spa yang diusahakan wanita muda dari Kuching, Surainee Abdul Latif, sejak setahun lalu itu menyediakan rawatan aromaterapi, urut tradisional kampung, muka, lulur, kaki, tangan dan rawatan untuk ibu selepas pantang.

Menurut Surainee, Tjantek bermaksud cantik dalam tulisan Indonesia lama dan dia menyediakan kaedah urutan tradisional serta penggunaan bahan semula jadi berasaskan herba seperti akar kayu untuk tujuan kecantikan.

"Bagi pelancong atau pasangan yang sedang berbulan madu, selepas melawat destinasi pelancongan menarik berhampiran seperti Gua Mulu dan Niah, mereka boleh menghabiskan masa romantik bersama di spa ini.

"Pasangan boleh memilih sama ada untuk menjalani rawatan secara berasingan atau bersama dalam bilik khas yang disediakan, dikelilingi suasana romantik tanpa sebarang gangguan," katanya.

Spa terbabit turut menyediakan rawatan khusus untuk lelaki iaitu urutan aromaterapi atau Bali pada seluruh badan.

Bagi wanita, selain urutan, mereka boleh mencuba rawatan mandi sauna serta lulur yang mengambil masa lebih dua jam.

Menurut Surainee, setiap rawatan tradisional di spa Tjantek menggunakan rangkaian produk daripada Indonesia yang dibuat daripada bahan rumusan asli dan bermutu tinggi.

Katanya, minyak herba yang digunakan untuk membuang kotoran pada kulit luar badan dan lulur, diperbuat daripada akar kayu serta rempah ratus seperti bunga cengkih dan bunga lawang untuk mengembalikan kesegaran tubuh.

"Bagi mengekalkan kualiti khidmat rawatan, spa ini menggunakan tukang urutnya yang dibawa dari Bali bagi memastikan pelanggan dapat merasai sentuhan keaslian urutan yang dilakukan.

"Majoriti pelanggan spa ini terdiri daripada pelancong Barat namun ia turut menjadi sebutan di kalangan penduduk tempatan," katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker