Pelembap kuatkan ketahanan kulit
TEKANAN emosi yang dihadapi seseorang sama ada ketika berada di rumah mahupun di tempat kerja dikatakan mampu menjejaskan prestasi individu berkenaan.
Dari segi kecantikan, individu yang mengalami tekanan membabitkan psikologi juga dikatakan akan mempunyai masalah pada kulit disebabkan gangguan pada sistem imunisasi dan tembok pelindungnya.
Pakar Psikologi, Dr Alvin Ng Lain Oon, berkata tekanan perlu ditangani dengan sebaik mungkin kerana ia selain dapat menjejaskan kesihatan, ia juga memberi kesan kepada kecantikan seseorang.
“Tekanan psikologi mempunyai pengaruh terhadap kesihatan dan kecantikan seseorang. Tangani ia dengan sebaik mungkin dan seeloknya, jauhkan diri anda daripada sebarang tekanan,” katanya.
Pasukan penyelidik jenama kecantikan terkemuka, Clinique, mendapati tekanan dalaman yang berlaku di dalam kulit sebenarnya sama seperti tekanan luaran kulit ketika terdedah kepada sinar matahari dan pencemaran.
Pengurus Besar Jenama Clinique, Sharyn Wong, berkata saintis Clinique menemui cara yang baik untuk mengatasi masalah kulit yang muncul apabila seseorang wanita itu mengalami tekanan emosi.
Kata Sharyn, tekanan dalam seperti gangguan emosi boleh menyebabkan kulit mempunyai masalah seperti penuaan, kusam serta tidak bermaya tetapi ia sebenarnya boleh diatasi sekiranya tahap ketahanan kulit dibantu dan diperkuatkan.
Untuk mengatasi masalah berkenaan, Clinique memperkenalkan pelembap rumusan teknologi terbaru, Superdefense SPF 25/PA+++ Age Defense untuk tiga jenis kulit berbeza, yang dapat membantu menguatkan lagi ketahanan kulit.
“Pelembap ini dihasilkan daripada rumusan teknologi baru yang dapat membantu mengatasi masalah kerosakan pada kulit yang wujud akibat daripada tekanan dalaman mahupun luaran.
“Selain itu, ia berfungsi membantu menghalang kesan penuaan dan kerosakan dengan mempertingkatkan formula pelindung daripada sinar ultra ungu (UV) A dan UVB.
“Pelembap berkenaan turut membantu mengekalkan kolagen semula jadi serta elastin dan ketahanan sistem imun kulit untuk menghalang tanda penuaan,” katanya.
Sharyn berkata, produk terbaru daripada Clinique yang kini sudahpun berada di pasaran itu turut mengandungi ekstrak mikro alga merah yang dipercayai dapat membantu meneutralkan tindak balas pada permukaan kulit seperti garisan halus, kedutan serta meratakan rona kulit.
Menurut Sharyn, ekstrak mikro alga merah berkenaan dijumpai di Lautan Mediteranean tetapi belum digunakan untuk tujuan kecantikan sebelum ini.
|