» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Haruman Gadis Bond





WATAKNYA sering jadi bualan biarpun mungkin tidak sehebat watak James Bond itu sendiri.

Daripada Jane Seymour, Michelle Yeoh, Halle Berry, Eva Green sehinggalah Gemma Arterton yang membawakan watak gadis Bond terkini, mereka bukan sekadar penyeri filem terkenal itu.

Watak gadis Bond juga terus mengalami perubahan seperti diakui Penolong Pengurus Jenama (Haruman) Rantau Asia Pasifik Avon, Dione Cotoco.

Tidak hanya bertubuh seksi, bersifat penggoda dan hanya dianggap sebagai simbol seks, mereka kini digambarkan sebagai watak yang berkeyakinan, bijak, bertenaga serta punya sifat kewanitaan tersendiri.



“Lantas tidak hairan jika ramai wanita juga ingin menjadi seperti Gadis Bond ini,” katanya ketika majlis pelancaran haruman terkini, Bond Girl 007 di ruang panggung Golden Screen Cinema Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Haruman yang diperkenalkan sempena tayangan filem Bond terkini, Quantum of Solace, itu dianggap berpadanan dengan perwatakan diri gadis pendamping James Bond yang cukup menyerlah itu.

Gemma Arterton yang melakonkan watak ejen Fields dalam filem terbabit, turut dipilih sebagai wajah haruman unik berkenaan.

Bagi pelakon terbabit, haruman terbaru itu umpama olahan moden kepada ikon klasik Gadis Bond yang mempunyai gabungan seksi kewanitaan dan kebijaksanaan.

Wataknya dalam filem terbabit pula disifatkan sebagai lakonan untuk wanita yang cekal, bertenaga dan pada masa sama, tetap seksi.

Haruman Bond Girl 007 terhasil daripada adunan bunga-bungaan mewah, buah-buahan segar serta kehangatan kayu-kayuan menerusi nota atas daripada pic putih dan bunga oren.

Ia turut diberikan sentuhan jasmin, orkid kalipso dan freesia sebelum didasari kayu-kayuan cashmere, patchouli dan kesturi.

Majlis yang diserikan dengan kemunculan Ratu Cantik Malaysia Dunia 2007, Deborah Priya Henry itu, turut dihadiri Pengarah Jualan Avon Malaysia, Zakaria Daud.

Menurut Zakaria, haruman sentiasa menjadi keutamaan dalam dunia kecantikan wanita, sekali gus meletakkannya sebagai satu kategori penting untuk Avon Malaysia.

Menghasilkan haruman eksotik sedemikian, menurutnya, turut memerlukan wanita hebat sebagai sumber inspirasi lantas pemilihan Gadis Bond terkini yang dianggap contoh wanita ideal itu memang bertepatan.

Didatangkan dalam botol umpama bentuk tubuh wanita berserta tutupnya yang berinspirasikan James Bond, haruman terbabit kini boleh didapati di butik kecantikan Avon pada harga RM99 (Semenanjung Malaysia) dan RM113.85 (Sabah dan Sarawak).

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker