» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

6 rumah kebajikan terima RM40,000





MAJLIS rumah terbuka Avon Malaysia meriah dengan kehadiran 50 anak yatim, miskin dan kurang upaya yang dirai dalam satu majlis istimewa di ibu negara, baru-baru ini.

Sumbangan bernilai RM25,000 turut dihulurkan kepada lima rumah anak yatim iaitu Rumah Anak Yatim Kelab Balkis Kota Bharu; Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman, Perak; Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, Kuala Terengganu; Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Sungai Lias Sungai Besar, Selangor dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar, Johor.

Majlis yang dimeriahkan dengan kehadiran Chef Wan turut menyaksikan chef terkenal itu memberi sumbangan RM15,000 kepada Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah, Kuala Lumpur.

Sumbangan tahun ini sebahagian daripada hasil kutipan jualan buku resipi berjudul 'Sajian Aidilfitri Bersama Chef Wan' iaitu projek kebajikan kerjasama Avon dan chef terbabit untuk mengumpul dana sepanjang Ramadan lalu.



Presiden Avon Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam, Mansoor Wan Abdullah, berkata Avon bukan sekadar syarikat yang komited kepada wanita semata-mata malah mensasarkan peningkatan taraf kehidupan yang lebih baik untuk wanita serta keluarga mereka.

Tahun ini adalah tahun kelima Avon menjalankan projek mengumpul dana menerusi sumbangan jualan barangan Avon apabila sebelum ini 10 rumah anak yatim dan miskin menerima sumbangan daripada syarikat terbabit yang bernilai kira-kira RM90,000.

"Jika diizinkan, insya-Allah kami akan dapat terus menyumbangkan bantuan kepada lebih banyak pertubuhan serta rumah anak yatim dan miskin di seluruh negara," katanya.

Pada majlis berkenaan, Mansoor dan Chef Wan tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan duit raya dan cenderahati Avon kepada semua anak yatim dan miskin yang hadir.

Anak yatim dan miskin berkenaan turut bergambar dan bersuka ria bersama Upin & Ipin, Wahid Senario, Lan Pet Pet dan Azli Senario yang turut memeriahkan majlis terbabit.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker