» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi »

Hati Jelajah dunia hiburkan si kecil

Oleh Rahayu Mohd Salleh
ayu@nstp.com.my



KANAK-KANAK lelaki itu beria-ia enggan makan. Puas diminta rakannya serta petugas yang menyedari dia langsung tidak menyentuh ayam gorengnya namun dia sekadar memegang erat kotak hidangan tengah harinya itu.

Berkali-kali didesak, akhirnya dia membuka mulut. Ayam goreng dianggap cukup istimewa yang disajikan sebaik selesai pertunjukan boneka itu sebenarnya mahu dikongsi bersama tiga lagi ahli keluarganya yang lain.


"Siapa yang tidak terharu, terasa ingin menitis air mata tetapi itulah yang membuatkan kanak-kanak cukup istimewa dalam hidup saya," kata pemain boneka, Juha (sebutannya Yuha) Laukkanen, ketika berkongsi pengalamannya mengadakan pertunjukan boneka di seluruh dunia sejak 24 tahun lalu.

Selepas dipujuk, si kecil yang juga anak pelarian Myanmar yang dihiburkannya ketika kunjungannya ke Malaysia baru-baru ini, akhirnya menjamah ayam goreng selepas dijanjikan petugas sekotak lagi ayam goreng yang boleh dibawa pulang untuk keluarganya.

"Keluhuran hati si kecil memang tak mampu digambarkan. Jika orang dewasa yang berada dalam keadaan seperti itu, mereka mungkin tak kisahkan nasib insan lain namun kanak-kanak memang berbeza," katanya.

Juha, 48, yang ditemui ketika membuat pertunjukan di hadapan kira-kira 100 kanak-kanak sekitar Batu Satu, Dengkil, Selangor yang berhimpun di rumah Persatuan Kebajikan Sri Agathiar Sanmarka Sangam itu, menyifatkan kanak-kanak memang bijak malah jauh daripada sikap mementingkan diri sendiri yang sering membelenggu golongan dewasa.

"Dalam dunia kini, kian ramai orang yang lebih mementingkan wang. Bagi saya, ia bukanlah satu nilai yang baik," kata pemain boneka berasal dari Finland ini.

Lantaran itu, dia yang dilantik sebagai duta muhibah Unicef pada 1994 ini tidak kisah menyibukkan diri untuk menghiburkan ribuan kanak-kanak sepanjang tahun, tidak kira di mana mereka berada sekali gus mendidik dan menyemai nilai murni kehidupan yang semakin terhakis dalam masyarakat kini.

Menerusi pertunjukan bonekanya itu, dia cuba mengetengahkan pelbagai topik. Daripada cerita rakyat sehinggalah kepada kisah semasa yang mampu dijadikan teladan.

"Sesetengah topik yang saya tampilkan agak ringkas misalnya mengenai makan. Jika di Finland, ahli keluarga pasti menghadap hidangan bersama di meja makan ketika di tahun 60-an tetapi budaya sedemikian sudah semakin kurang diamalkan.

"Banyak topik yang boleh dijadikan cerita menerusi pertunjukan boneka. Ada kalanya, saya membawakan cerita mengenai masyarakat Asia di Finland dan begitu juga sebaliknya," katanya yang turut membuat pertunjukan di televisyen di negaranya.

Penjelajahan Juha sehingga kini meliputi beberapa negara di Eropah, Amerika Syarikat dan Afrika di samping menemui kanak-kanak Asia termasuk di Myanmar, Thailand, Singapura, Malaysia, Indonesia, China dan Sri Lanka.

Setiap tahun dia mempersembahkan kira-kira 250 pertunjukan boneka di negaranya mahupun di luar negara termasuk di pusat jagaan kanak-kanak dan hospital.

Kunjungannya ke Malaysia kali ini adalah kali kedua selepas kehadiran kali pertama tahun lalu yang juga dibawakan Nokia menerusi program amalnya dengan kerjasama Kedutaan Finland.

Tahun lalu, dia menghiburkan kanak-kanak tadika Al Hidayah di Pasir Panjang dan Rumah Tunas Harapan di Kuala Selangor.

Juha yang mendalami seni pertunjukan boneka di Poland dan Sweeden selepas sering dibawa menonton pertunjukan boneka oleh datuk dan neneknya semasa kecil, bukan saja berkongsi kisah masyarakat Timur dan Barat malah deretan bonekanya turut dihasilkan dari pelbagai negara.

Untuk pertunjukan di hadapan kanak-kanak di Dengkil itu, dia menggunakan boneka kayu yang diperbuat di Indonesia, Thailand dan Sri Lanka.

"Penggunaan boneka ini juga berbeza setiap kali membuat persembahan, ia bergantung kepada khalayak penonton. Sempena pertunjukan di seluruh Finland Krismas ini, saya akan memainkan boneka berbeza sesuai dengan konsep perayaan itu," katanya mengakui hanya berpeluang menghabiskan dua malam di kampung halamannya selepas kunjungan ke Kuala Lumpur itu sebelum bertolak pula ke Sweeden.

Kesibukan tugasnya itu, menurut Juha, antara sebab dia tidak berkeluarga dan mempunyai anak sendiri namun, dikelilingi anak kecil hampir saban hari begitu membahagiakan dirinya sekali gus memberikan kepuasan yang tidak terhingga.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker