Produk bantu kelihatan muda
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my
OLAY, memperkenalkan siri produk anti penuaan terbaru, Regenerist, yang diilhamkan daripada kaedah rawatan profesional untuk membantu wanita kelihatan lebih muda.
Produk terbaru Olay berkenaan mengandungi KTTKS iaitu bahan yang berfungsi seperti rawatan laser, amino peptida kompleks yang terdiri daripada pro vitamin B5, Niacinamide (vitamin B3), Allantoin serta anti oksida seperti vitamin E dan estrak teh hijau yang melindungi daripada radikal bebas dan kerosakan pada sel kulit.
Saintis (Penjagaan Kulit) Bahagian Kajian dan Pembangunan P&G, David Khoo, berkata tekanan persekitaran seperti terdedah kepada sinar Ultra Ungu (UV) akan melemah dan merosakkan sel kulit.
"Untuk itu, Olay Regenerist boleh dijadikan produk penjagaan yang tepat kerana ia mengandungi amino peptida kompleks yang berfungsi seperti retinol iaitu sejenis bahan anti penuaan.
"Amino peptida kompleks lebih istimewa kerana ia tidak meninggalkan kesan sampingan terhadap kulit berbanding retinol.
"Pemakaian produk Olay Regenerist secara konsisten mampu memberi hasil yang sama seperti mendapatkan rawatan profesional menggunakan laser dengan kos yang mahal," katanya pada majlis pelancaran produk berkenaan di ibu negara, baru-baru ini.
Hadir sama, Ketua Eksekutif Negara, P&G Malaysia, Yuri Hamida serta barisan selebriti tempatan seperti Lina Teoh, Mirza Eusni,Jay Menon dan Chelsia Ng.
Di majlis berkenaan, Olay turut memberikan kit percubaan kepada beberapa individu yang terbabit secara langsung di dalam bidang kecantikan di negara ini.
|