myMetro

Spa Rimba reda ketenangan

Teks dan Gambar Yooga Rani Murugiah
yooga@hmetro.com.my

ADA gemar melancong untuk membeli-belah dan melihat pemandangan sesuatu tempat, ada pula mahu me nenangkan fikiran selain meredakan ketegangan anggota tubuh akibat tekanan kerja.

Namun, kadangkala kita terlupa atau tidak terlintas pula mencuba rawatan spa yang dapat memberikan ketenangan dari sudut dalaman dan luaran.

Berlatarkan tumbuhan menghijau dan deruan air daripada pancutan kolam, Spa Rimba di Royale Bintang Hotel, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur meruntun perasaan pengun jung mencuba rawatan unik di situ.

Panorama eksotik dan mengasyikkan di tambah haruman aromatik menyenangkan, membangkitkan kesegaran sebaik melangkah.

Bagi yang pernah menikmati pakej spa di sini, pasti menyedari Spa Rimba di tingkat tiga dengan keluasan 8,000 kaki persegi menjadikan elemen terapi air, herba dan alam semula jadi sebagai asas utama penyembuhan, ketenangan dan kecantikan dalaman.

Walaupun terdapat pelbagai jenis rawatan, pakej Rimba Signature amat popular di kalangan pengunjung wanita dan lelaki yang menyenangi urutan menggunakan buah segar.

Sambil melekapkan mata anda dengan bantal aroma yang mengandungi herba dan haruman halia, rawatan dimulakan dengan menyental badan menggunakan lulur buah betik yang segar.

Ketika sapuan dilakukan, anda akan merasakan gerakannya kerana ketika proses menyental, ia membantu meningkatkan peredaran darah dan menanggalkan sel kulit mati.

Selepas peringkat sental, rawatan spa diteruskan dengan menyapu mask ramuan timun ke seluruh anggota badan dan dibiarkan selama 20 minit.

Kemudian, pengunjung boleh merehatkan badan se puas-puasnya dengan berendam di kolam jakuzi dipenuhi aroma ramuan buah limau. Selepas itu, baru anda akan diurut secara intensif dari hujung rambut hingga ke pangkal kaki.

Menyedari kehebatan khasiat halia yang mampu mengu rangkan angin dan kembung pada bahagian anggota tubuh, pengunjung diberi minuman halia dan buah sebagai me ngakhiri rawatan.

Penolong Pengarah Operasi Spa, Vickie Pai, berkata pakej rawatan dilengkapi dengan urutan, sental, wap dan lulur kerana ia memenuhi keperluan individu yang inginkan kesan rehat sepenuhnya serta mengembalikan tenaga lesu badan.

Katanya, pakej istimewa Rimba Signature berharga RM320 paling tepat untuk individu memanjakan diri kerana anda dapat merasakan perbezaan, kulit tubuh menjadi lebih berseri serta wajah juga tampak segar sebaik meninggalkan spa ini.

>InfoSpa Rimba

Tingkat 3,

Royale Bintang Hotel

Jalan Bukit Bintang

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad