Pemuliharaan penyu di Ma’ DaerahOleh Syah Rul Aswari Abdullahsrul@hmetro.com.my SIAPA sangka di celah kesibukan kompleks petroleum yang mengubah wajah Kerteh, tersembunyi kawasan pendaratan utama penyu di pantai timur.
Pusat Santuari Penyu Ma’ Daerah kini menjadi kawasan perlindungan, pemuliharaan dan penetasan utama bagi rep tilia itu utama negara ini. Satu ketika, Ma’ Daerah dan beberapa pantai di sekitarnya termasuk Tanjung Batu, Rhu Kudung dan Cagar Hutan mencatatkan pendaratan penyu tertinggi di Terengganu. Namun, bunyi bising dan cahaya terang dari kawasan perindustrian itu menyebabkan hidupan ini beralih ke Ma’Daerah, pantai yang menjadi sebahagian daripada hutan simpan Bukit Labohan. Penyu dikatakan tertarik dengan kawasan semula jadi Ma’ Daerah yang dikelilingi beberapa bukit kecil dan dilitupi hutan tebal. Sejak dibuka pada 1999, pusat ini melepaskan ratusan ribu anak penyu yang ditetaskan sama ada secara semula jadi atau kaedah alternatif. Di sini usaha pemuliharaan bermula sebelum, semasa dan selepas penyu mendarat. Kebersihan pantainya menjadi agen da utama kerana hidupan ini amat sensitif dengan keadaan persekitaran. Dikenali sebagai sebagai Program Gotong Pantai atau akronimnya Goro, program pembersihan pantai itu untuk merapatkan komuniti kini diberi nafas baru dengan nama Program Gotong-Royong ‘Mari Gok Cakne Penyu Kite'. Pekerja santuari penyu ini akan meronda kawasan pantai secara bergilir untuk merekodkan kehadiran penyu setiap malam. Apabila penyu bertelur, ada telur dialihkan ke lubang baru untuk mengelak terdedah kepada serangan haiwan pemangsa. Atas alasan sama, anak penyu yang baru menetas dilepaskan ke laut pada waktu malam. Selain itu, kakitangan pusat ini turut membeli telur penyu daripada penduduk tempatan. Santuari ini juga bekerjasama dengan Tabung Alam Dunia (WWF- Malaysia) dan BP menganjurkan program kesedaran terbuka kepada penyertaan orang awam. Program yang lazimnya diadakan pada hujung minggu itu memberi peluang kepada pengunjung menyaksikan sendiri penyu mendarat untuk bertelur. Pusat ini menyediakan asrama dan kemudahan asas seperti tandas serta surau untuk kemudahan pengunjung. Selain itu, bangunan khas menempatkan bilik tayangan dan galeri lukisan dibina bagi menarik kunjungan pelancong. Mereka yang berminat boleh menghubungi pusat ini dengan melayari http://madaerah.org/. * Kunjungan wakil media ke santuari ini diaturkan Olym pus. >Info >Penyu jantan memiliki ekor panjang dan hampir tidak pernah ke darat, manakala penyu betina kembali bertelur di pantai sama saban tahun. >Penyu amat lambat matang iaitu antara 35 dan 50 tahun tetapi mempunyai jangka hayat antara 80 dan 100 tahun. >Anak penyu baru menetas pelu dilepaskan segera ke laut. Ketika berenang ke laut lepas, ia bergantung sepenuhnya kepada tenaga tersimpan dalam cengkerang. >Penyu tidak menangis ketika bertelur sebaliknya me nyingkirkan garam berlebihan menerusi air mata. >Penyu mempunyai paru-paru dan perlu mengambil nafas di permukaan setiap jam. Apabila terperangkap di pukat, ia boleh mati kerana lemas. >Hanya seekor daripada antara 100 dan 5,000 anak penyu yang baru menetas hidup ke peringkat matang. |