myMetro

'Pakar' burung Fraser

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

NAMA K S Durai memang sinonim dengan pencinta burung yang pernah menjejakkan kaki ke Bukit Fraser, Pahang.

Menerima julukan “The Birdman of Fraser’s Hill”, beliau memiliki kebolehan meniru bunyi kira-kira 20 spesies burung yang bersarang atau singgah sementara di tanah tinggi itu.

Dengan hanya bersiul kecil, kakitangan Perbadanan Ke majuan Bukit Fraser (PKBF) ini mampu memanggil pelbagai spesies burung.

Maka tidak hairan, beliau pernah menjadi jurupandu ke pada tetamu istimewa termasuk Duke of Edinburgh Prince Phillip dan Sultanah Pahang.

Bakat semula jadinya menyebabkan dia sering menjadi tumpuan terutama ketika penganjuran Pertandingan Me ngenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser.

Bukir Fraser merekodkan 270 spesies burung, jumlah terbanyak di negara.

Pada ketinggian 1,524 meter dari aras laut, Bukit Fraser memiliki iklim nyaman dengan suhu antara 21 dan 23 darjah selsius.

Faktor ini ditambah dengan landskap semula jadi yang masih terpelihara menjadikannya lokasi terbaik untuk me lihat pelbagai spesies burung.

Durai berkata, dia sentiasa bersiap sedia menghadapi per tandingan antarabangsa bagi memastikan penyampaiannya lebih berkesan.

“Orang kita kurang menghargai khazanah alam yang di miliki berbanding dengan pelancong asing,” katanya.

Selain bakat mengecam dan meniru bunyi burung, Durai tidak lokek ilmu menerangkan khazanah alam di hutan Bukit Fraser.

“Pelbagai jenis tumbuhan sudah lama digunakan orang asli untuk tujuan perubatan. Ini menyebabkan mereka jarang bergegas ke hospital apabila terkena sesuatu penyakit,” ka tanya.

Waktu malam juga sesuatu yang menarik di sini apabila Durai meluangkan masa berkongsi ilmu mengenai dunia haiwan tanah tinggi. Pengalaman yang sukar dilepaskan melihat labah-labah besar atau tarantula yang bersarang di tebing jalan menuju ke puncak.

“Dulu ada orang asli yang menjual labah-labah ini dengan harga beberapa ringgit kerana permintaan daripada pe lancong,” katanya.

Jika berminat, anda boleh menghubungi PKBF di talian 09-517 1623/4, 09-362 2195/2201 atau emelkan kepada pkbf@streamyx.com.my atau pkbf@tm.net.my.

>Info

> Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa anjuran PKBF dan Tourism Malaysia diadakan pada Jun setiap tahun. Maklumat lanjut hubungi talian pelancongan 1-300-88-5050.

> Tempoh terbaik melihat burung di Bukit Fraser antara April dan Jun apabila pelbagai spesies burung penghijrah membuat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan ke hemisfera selatan.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad