Balagan suntik elemen misteri
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my
BUAT julung kalinya, sarkas antarabangsa dari Las Vegas, Cirque Balagan Extravaganza bakal beraksi di Asia untuk kali pertama apabila membuka tirai persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, bermula 28 Mei sehingga 1 Jun depan.
Persembahan terbitan DreamCast Entertainment ini di bawakan Kementerian Pelancongan, sebagai antara acara dalam kalendar pelancongan Tahun Melawat Malaysia yang dilanjutkan sehingga pertengahan tahun ini.
Balagan, perkataan Russia bermaksud ‘pasar sarkas’, ia menggabungkan aksi sarkas, komedi, “surrealism” dan lawak slapstik gaya lama. Untuk itu, persembahan ini bakal di barisi
ahli sarkas handalan dengan aksi luar batasan imaginasi penonton.
Menjanjikan pengembaraan ke alam khayalan, Balagan menampilkan rekaan set dibantu kesan khas menerusi tek nologi terkini dalam cahaya dan bunyi. Dunia fantasi ini menjanjikan pengalaman unik sesuai ditonton seisi ke luarga.
Penerbitnya, Misha Matorin, berkata sarkas ini meng gabungkan artis antarabangsa untuk mewujudkan alam di luar jangkauan imaginasi manusia sepanjang 80 minit tempoh persembahan.
“Balagan boleh dianggap sebagai karya artistik mencakupi karakter unik, susunan muzik yang bakal membuai perasaan dan persembahan bertenaga daripada setiap ahli sarkas.
“Pertunjukan bunyi dan cahaya ini bakal menyuntik elemen misteri dan mendebarkan bakal membuatkan penonton terpaku di tempat duduk mereka,” katanya.
Kunci utama Balagan bukan hanya tertumpu kepada aksi akrobatik yang melepasi jangkaan manusia. Sebaliknya, ia meliputi kostum unik, kreativiti koreografi yang disem purnakan susunan muzik.
Legasi gaya lama Eropah diberi sentuhan hiburan gaya moden dan dibantu susunan muzik, koreografi dan unsur komedi yang bakal mencuit hati. Tidak hairanlah, sarkas jenis ini kian mendapat tempat dalam di kalangan sektor kor porat.
Misha Matorin yang juga pengasas Balagan bersama ba panya mencipta nama dalam seni persembahan akrobatik hingga terhasilnya Cirque Balagan.
Bagi pementasan di Asia, Balagan diuruskan oleh Radius dan dipromosikan oleh Centerstage Entertainment di bawah pengurusan Simon Leong.
“Kami berusaha membawa Balagan ke Malaysia untuk pertama kali dan berharap Malaysia dan negara jiran akan teruja menonton dan menjadikannya kejayaan pada tahun ini.
“Harga tiket bermula dari RM350, RM250 dan RM150 bagi kerusi bernombor dan RM90 bagi tempat duduk bebas. Tiket boleh didapati di kaunter Ticketpro dan harga tidak termasuk RM3 caj perkhidmatan.
Bagi mereka yang berminat boleh menghubungi 03-78807999 atau kunjungi www.ticketpro.com.my untuk maklumat lanjut.
|
|