Firefly tawar harga menarik dari SubangFIREFLY mempertingkan lagi Kempen Malaysia Airlines “Everyday Low Fares” melalui Kempen “Everyday Super Low Fares” yang menawarkan semua tempat duduk untuk semua penerbangan dari dan ke Subang pada harga tiket SIFAR:
Pengarah Urusan Firefly, Eddy Leong, berkata pelanggan penerbangan hanya perlu membuat penempahan tiket se minggu lebih awal bagi menikmati “Everyday Super Low Fares” dan hanya perlu membayar cukai lapangan terbang dan caj perkhidmatan bernilai RM51 sehala. Beliau berkata, pelanggan penerbangan dijamin memper oleh faedah hebat daripada tawaran ini yang mana me rangkumi juga: Terbang Subang, T3. “Kami yakin Firefly menawarkan tawaran terbaik dalam bentuk tambang sifar, nilai perkhidmatan tambahan dan keselesaan. Ianya suatu tawaran yang tiada tandingan yang seharusnya perlu diambil peluang setiap individu” katanya. Tempoh tempahan tawaran daripada 12 hingga 19 Mei 2008 dan tempoh penerbangan daripada 19 Mei hingga 25 Oktober 2008. Tiket boleh didapati secara atas-talian melalui www.fi reflyz.com.my, Pusat Panggilan Firefly di 03-7845 4543 dan di semua Kaunter Tiket Firefly. |