Makan donat rebut pakej cutiOleh Syah Rul Aswari Abdullahsrul@hmetro.com.my MAKAN donat dan anda mungkin memenangi pakej penginapan ke pulau peranginan terkemuka. Itu an tara promosi terbaru menerusi kempen percutian ‘Super Deals’ Berjaya Hotel & Resorts dengan ker jasama Big Apple Donuts & Coffee (Big Apple), mulai sekarang sehingga 30 Jun depan.
Menerusi promosi itu, enam perisa donat Big Apple sem pena dengan enam pusat peranginan diperkenalkan - Lang-kiwi , Redang White Sand, Tioman Sun Kissed, Berjaya Hills & French Romance, Times Square Big Apple Cinnamon dan Nuts Over Penang. Pelanggan yang membeli setengah dozen donat akan me nerima kad ganjaran dan berpeluang memenangi pakej penginapan di Langkawi, Tioman, Berjaya Hills dan Times Square. Selain itu, mereka berpeluang menerima lebih banyak percuma daripada Big Apple. “Donat istimewa itu didatangkan dalam kotak khas direka pasukan bahagian komunikasi pemasaran. Ia diilhamkan daripada warna kehidupan Malaysia - jernih air laut, ke indahan pantai, hutan hujan dan kesibukan hidup kota raya,” kata Pengarah Komunikasi Pemasarannya, Thang Han-Ni. Pakej ‘Super Deals’ antaranya menawarkan penginapan tiga hari dua malam Berjaya Redang Beach Resort (dari RM418), Berjaya Langkawi Beach & Spa Resort (RM338), Berjaya Tioman Beach Golf & Spa Resort (RM298), Berjaya Hills (RM168), Berjaya Times Square Hotel & Convention Center (RM348) dan Berjaya Georgetown Hotel (RM138). Kempen hebat sempena dengan lanjutan Tahun Melawat Malaysia sehingga Ogos depan ini turut menawarkan pelbagai pilihan atas permintaan termasuk penerbangan, spa, selam skuba, golf, acara khas dan penginapan khas untuk tempoh panjang. Pusat peranginan Berjaya di Pulau Tioman, Redang dan Langkawi turut menawarkan pilihan aktiviti “mesti cuba” bermula pada harga RM20 seorang. Ia termasuk jelajah keliling pulau, terapi badan aromaterapi, trip snorkling, pengenalan selam skuba, merentas denai, menunggang keldai dan bermain golf satu pusingan di padang 18 lubang. Berjaya Hills menawarkan pengalaman menarik iaitu acara minum teh tradisional Jepun dalam pakaian kimono, terapi urutan Swedish, memanah dan menunggang keldai untuk tempoh 30 minit. Han-Ni berkata, kempen itu bertujuan mempromosikan destinasi pelancongan dalam negara sekali gus membantu meningkatkan percutian domestik terutama dengan lanjutan kempen Tahun Melawat Malaysia. “Tiada guna mengunjungi destinasi percutian luar negara sedangkan Malaysia mempunyai pulau peranginan, tanah tinggi dan kehidupan kota yang menjadi tumpuan pelancong antarabangsa.” katanya. Memeriahkan lagi kempen ini, Big Apple turut mengadakan cabutan bertuah menawarkan pakej percutian bernilai RM34,000 tajaan Berjaya. Pelanggan hanya perlu membeli setengah dozen donat Big Apple dan menjawab tiga soalan mudah menerusi kupon diberikan. Cabutan diadakan pada 8 Jun, manakala pemenang akan diberitahu menerusi emel pada 12 Jun depan. Sementara itu, mereka yang melayari laman web www.ber jayahotels-resort.com juga berpeluang menerima baucar per cutian tiga hari dua malam di Berjaya Langkawi Beach & Spa Resort, Berjaya Redang Beach Resort atau Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa Resort. Setiap peserta ke-5 bakal menerima baucar tunai bernilai RM50 yang boleh digunakan di mana-mana rangkaian Ber jaya Hotels & Resort. |