» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times » The Malay Mail
myMetro » Variasi » Santai

Santai Jelmaan Vegas di China

Susunan Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my



VEGAS kini berada di China. Setidak-tidaknya, itulah imej dimahukan Las Vegas Sands Corp, yang membangunkan The Venetian Macau, bangunan terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, menempatkan pusat peranginan, kasino, kompleks beli-belah dan bangunan komersil.

Mengambil tema Venice, bangunan bernilai RM8.2 bilion itu turut mewujudkan pemandangan indah Venice dengan de retan bangunan memaparkan seni bina Eropah, lengkap dengan terusan dan langit tiruan.


Syarikat sama yang mengendalikan kasino di Vegas men jadikan fantasi kegemilangan Eropah ini sebagai tarikan utama bagi menarik kunjungan pelancong Asia dan warga asing yang mengunjungi negara bekas jajahan Portugal itu.

Sasaran utamanya kaki judi. Untuk itu, ruang perjudian seluas 546,000 kaki persegi dengan kira-kira 6,000 mesin slot direka bentuk khas untuk pasaran Asia dengan lebih 700 permainan

seperti Baccarat, Fan Tan, Caribbean Stud Poker, Yee Hah Hi, Three Card Poket, Blackjack dan Roulette.

Judi yang bukan menjadi perkara asing dalam budaya masyarakat Asia menjadikan setiap ruang kasino itu sesak dengan lautan manusia yang datang mencuba nasib setiap hari.

Untuk yang gemar membeli- belah, boleh berkunjung ke The Grand Canal Shoppes, dibina dengan reka bentuk ala Venice, Itali, menyediakan kira-kira 350 butik berjenama mewah, kafe serta restoran mewah dan terusan dilengkap gondola tidak ubah seperti berada di Eropah.

Tidak perlu terbang ke kota fesyen dunia seperti Milan dan Paris, semua butik eksklusif antarabangsa membuka pintunya di gedung beli belah ini. Penat membeli belah, ada kira-kira 20 restoran eksklusif menghidangkan pelbagai hidangan me nanti kunjungan anda.

Meniru model bangunan di Venice tidak lengkap tanpa terusan. Oleh itu, Grand Canal Shoppes juga mempunyai terusan tiruan sepanjang 390 kaki dengan air jernih sedalam kira-kira semeter. Pasangan yang menyusuri terusan dengan gondola ini pasti terpesona dengan alunan lagu Itali, Santa Maria.

Selain gondola, anda juga boleh melihat tongkang Cina di terusan Grand Canal Shoppes itu. Ia umpama mengimbas gambaran pengembara terkenal Itali, Marco Polo kepada dunia barat mengenai khazanah dan keindahan seni budaya China.

Penginapan bukan satu masalah di sini dengan pembukaan Venetian Resort Hotel menawarkan 3000 bilik (semua ber taraf suite), arena dengan kapasiti 15,000 orang, panggung dengan 1,800 tempat duduk dan pusat konvensyen.

Lobi dengan hiasan gaya istana era Renaissance saja sudah menggambarkan kemewahan hotel ini. Untuk keselesaan tetamu, setiap suite memiliki keluasan sehingga 59 kaki persegi turut menampilkan gaya mewah.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :

PelanMedia

VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker