myMetro

Lokasi strategik bantu promosi Impiana

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

NAMANYA saja sudah membayangkan lokasi di segi tiga emas ibu kota. Lokasi itu membantu mempromosikan Impiana KLCC Hotel & Spa, sejak dibuka dua tahun lalu.

Selain berdekatan menara berkembar tertinggi dunia, Me nara Petronas, pengunjung hanya perlu berjalan kaki ke Suria KLCC, Aquaria KLCC, kawasan beli belah Bukit Bintang dan bersantai di deretan pusat hiburan di sepanjang Jalan P Ramlee.

Kemudahan ini juga menjadikan hotel ini popular di kalangan pengembara bisnes, terutama dengan pembukaan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Sejak dibuka, kadar penginapan mencecah antara 80 dan 90 peratus membabitkan pengembara bisnes dan tetamu kor porat,” kata Pengurus Komunikasi Pemasarannya, Anthony Edwin.

Hotel setinggi 15 tingkat itu menawarkan penginapan bagi 335 bilik merangkumi superior, deluxe king, deluxe twin dan junior suite dengan kadar sewa bermula dari RM380 hingga RM650 semalam.

Pengunjung pasti terpesona dengan hiasan dalaman moden kontemporari yang ditonjolkan menerusi penggunaan ke masan kayu berwarna gelap.

Setiap bilik diberi sentuhan tropika bagi menyuntik elemen glamor kepada wajah keseluruhan hotel.

Impiana KLCC Hotel & Spa diuruskan Impiana Hotels & Resorts Management Sdn Bhd (IHRM) yang turut memiliki empat cawangan iaitu Impiana Cherating Resort, Impiana Casuarina Ipoh, Impiana Samui Resort & Spa (Koh Samui, Thailand) dan Impiana Phuket Cabana Resort & Spa di Pulau Phuket, Thailand.

TEMPAT MAKAN

Tonka Bean Café.Deli restoran 24 jam menyajikan pe ngalaman menjamu selera dengan hiasan dapur kontem porari dan kaunter bufet tengah penuh bergaya.

Terletak di tingkat lobi, ia menampilkan dekorasi korporat dengan dominasi rona tanah dan hijau zaitun, bagi me nyerlahkan suasana semi formal.

Dengan kapasiti 180 orang untuk tempat duduk dalam dan 24 di luar, ia turut menyediakan akses laptop. Operasi bermula dari jam 8 pagi hingga 9 malam.

Bohemia Tobacco.Bar di lobi utama sesuai bersantai sambil menikmati minuman sepanjang hari.

Istimewanya, ia turut menyediakan pelbagai pilihan cerut termasuk jenama terkemuka dari Cuba.

KEMUDAHAN LAIN

Swasana Spa menawarkan pelbagai rawatan meliputi terapi urutan muka, badan dan aromaterapi untuk mereka yang mahu memanjakan diri selepas seharian sibuk memenuhi tuntutan kerjaya.

Terletak di tingkat tujuh, spa ini menawarkan tujuh pilihan terapi urutan badan diilhamkan warisan penjagaan kesihatan Melayu, Thai dan Bali.

MESYUARAT DAN PERSIDANGAN

Dewan bankuet Impiana mempunyai kapasiti 250 untuk majlis makan malam dan 420 untuk acara duduk. Sama ada, koktel, majlis amal, pelancaran produk ataupun meraikan pengantin, dewan ini dilengkapi dengan kemudahan audio visual terkini bagi memenuhi keperluan pelbagai acara.

PROMOSI

Sehingga akhir Ogos 2008, pakej Swasana Spa Getaway menawarkan penginapan dua hari satu malam dengan sa rapan bufet di Tonka Bean dan terapi urutan sejam serta diskaun 20 peratus untuk rawatan lain sepanjang menginap. Harga ditawarkan mulai RM355 (seorang) atau RM490 (untuk dua orang).

Pakej bulan “Asmara Dana” menawarkan penginapan dua hari satu malam di bilik deluxe dengan sarapan dan makan malam bufet untuk dua orang di Tonka Bean. Tetamu akan diberi terapi Asmara Dana khusus untuk pasangan di Spa Swasana. Pakej bermula pada harga RM828.

>Info

Impian KLCC Hotel & Spa

13, Jalan Pinang

Kuala Lumpur

Tel: 03-21471111 atau 1 800 88 3100.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad