Seksaan menyeronokan
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my
SEINGAT penulis, sukan tunggal pernah disertai adalah melengkapkan larian tujuh pusingan padang dalam ujian kecergasan yang wajib buat pelajar ketika di sekolah me nengah.
Justeru, apa yang disangka sebagai percutian santai bertukar menjadi hari paling panjang buat penulis apabila menyertai cabaran lasak, Wilderness Langkawi Challenge 2008 (WLC 2008) di Pulau Tuba, Langkawi, baru-baru ini.
Apa tidaknya, pasukan media yang menyertai perlumbaan lasak menerusi kategori Slow & Steady perlu berlari, berkayak, merentasi titian, terjun ke laut dari ketinggian empat meter (m), berenang dan kembali berkayak, sebelum meredah denai hutan untuk ke garisan penamat.
Bersama rakan dari New Straits Times, Regina Lee, kami memulakan perlumbaan bersama-sama lebih 152 pasukan lain dengan berlari sebelum mendapatkan kayak.
Kami kemudian berkayak dua kilometer (km) ke tengah laut untuk ke kapal Reef Explorer yang menjadi ‘checkpoint’ seterusnya.
Berkayak mengelilingi tasik memang menenangkan, tetapi bayangkan jika anda berada dalam perlumbaan di tengah laut lepas. Ini adalah peringkat paling memenatkan.
Di atas kapal, peserta diuji dengan disiplin meniti tali kecil di ketinggian dua meter sebelum ke acara paling menakutkan - terjun ke laut dan kembali ke kayak masing-masing.
Ketika menunggu giliran, penulis antara paling kuat me nyorak pasukan media Filipina-Morocco yang agak ragu-ragu untuk terjun.
Apabila di pelantar, keadaannya memang gayat. Dalam terpaksa, mata dipejamkan sebelum terjun ke laut.
Cabaran diteruskan dengan berkayak semula ke pantai. Tahap keyakinan bertambah selepas melengkapkan pusingan pertama, tetapi ujian terbesar adalah jarak perjalanan pulang yang lebih jauh.
Adakalanya, kelihatan helikopter membawa jurugambar yang membuat liputan dari udara. Sepanjang perjalanan ini juga, ada beberapa pasukan terpaksa menarik diri kerana ce
dera atau berlaku penghidratan.
Peringkat setersusnya, peserta meredah denai berliku me rentasi beberapa bukit kecil yang membentuk landskap semula jadi Pulau Tuba.
Pada peringkat ini kira-kira lima kilometer lebih relaks kerana terlindung daripada cuaca panas.
Jika peserta ‘Slow & Steady’ menamatkan perlumbaan 12 kilometer dalam masa tiga jam, kami menambah dua jam lagi untuk menamatkan cabaran.
Rekod tidak boleh dibanggakan, tetapi masih baik tanpa sebarang persediaan dan latihan.
Bagaimanapun, apa yang dilalui peserta ‘Slow & Steady’ jauh lebih mudah berbanding mereka yang bertanding menerusi ‘Fast Furious’.
Mereka diuji dengan pelbagai disiplin lasak termasuk ber basikal, kayak, abseiling dan berlari.
Acara yang disertai kebanyakan pelumba berpengalaman yang menjangkau sehingga 35 dan 40 kilometer itu lebih banyak bermain dengan kepintaran melengkapkan ‘chek point’ untuk mendapat mata dan bukannya kepantasan masa.
Peserta ‘Fast Furious’ dibenarkan memilih laluan dan mata akan diberi berdasarkan masa yang diambil dalam me nyempurnakan setiap cabaran di ‘checkpoint’ yang dite tapkan.
Pengurus Besar Perhubungan Korporat dan Pembangunan Perniagaan Wilderness Centre, Mariana Halim edisi tahun ini menarik penyertaan 153 pasukan berbanding 98, tahun lalu.
“Oleh itu, kita berharap menerima lebih banyak penyertaan untuk acara pada tahun depan terutama dari kalangan sektor korporat dan pasukan antarabangsa,” katanya.
>INFO
WLC 2008 yang memasuki tahun keempat penganju rannya terbahagi dalam dua kategori utama ‘Slow & Steady’ dan ‘Fast & Furious’. Pasukan terbahagi kepada bahagian lelaki, wanita atau campuran. Selain itu, kategori khas korporat dan media turut dipertandingkan.
Acara tahun ini menarik penyertaan pasukan antarabangsa dari Korea Selatan, Vietnam, Hong Kong, Singapura, United Kingdom, Sepanyol, Nigeria, Swirtzeland, Perancis, Thailand, Morroco dan Filipina.
Memeriahkan lagi acara, penganjur turut menjemput peserta program realiti Amazing Race Asia 2 seperti Rovilson Fernandez (Filipina), Vanessa Chong (Malaysia) dan pa sangan juara dari Singapura Collin Low dan Adrian Yap.
Juara, tempat kedua dan ketiga ‘Fast & Furious’ ma sing-masing menerima RM6,000, RM3,500 dan RM1,250. Kedudukan sama untuk ‘Slow & Steady’ menerima RM600, RM500 dan RM400. Pemenang kategori media pula me nerima RM500, RM400 dan RM300.
MENGENAI WLC
Wilderness Centre Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Halim Mazmin, ditubuhkan pada akhir 2002 di Pulau Tuba. Sejak diberi kepercayaan oleh Kementerian Pelajaran menyelia program cabaran rimba untuk pelajar dan guru seluruh Malaysia, WCSB sudah melatih lebih 15,000 peserta.
WLC 08 pula adalah projek tahunan antarabangsa bagi mempromosikan Pulau Tuba sebagai destinasi sukan ekstrem antarabangsa. Ia adalah satu usaha untuk merealisasikan tanggungjawab sosial syarikatnya.
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui aktiviti lasak yang dianjurkan oleh syarikat ini boleh melayari www.wilder nessmalaysia.com atau hubungi 04-966 8000 (Langkawi) atau 03- 2730 5000 (Kuala Lumpur).
|
|