Peninggalan sejarah 4 bangsaKEMBARA ke Melaka amat menarik kerana boleh melihat pelbagai kesan sejarah Eropah, Cina, Siam dan Melayu.
Perjalanan boleh dimulakan di Ayer Keroh, pintu masuk ke bandaraya bersejarah ini. Zoo Melaka dan Taman Buaya destinasi mesti dikunjungi. Mini Malaysia menempatkan rumah dari setiap negeri di Malaysia pula menjadi contoh kepada kehalusan seni ukiran dan pertukangan Melayu Tidak lengkap kunjungan anda jika tidak merakamkan kenangan di kota bersejarah A Famosa, bangunan merah Stadhuys yang menjadi antara ikon bandar raya. Bukit St Paul di puncak bukit di kota ini menjadi saksi kemaraan kuasa asing yang pernah melanggar Melaka. Bukit Cina pula tanah perkuburan terbesar kaum itu di luar Cina. Kawasan berdekatan pintu gerbang kota A Famosa ini juga menempatkan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dan Muzium Maritim. Masjid Kampung Hulu pula dibina pada 1728 ketika penjajahan Belanda adalah masjid tertua di negara ini yang menggabungkan pengaruh Sumatera, Hindu dan Barat. Jika mahu berjalan-jalan, apa kata menaiki beca berhias. |