myMetro

Hasil tangan tiga pelukis

Teks dan gambar Samadi Ahmad
samadi@hmetro.com.my

DALAM usaha memartabatkan bakat pelukis di utara tanah air, Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang menganjurkan pameran ‘The Spirit of Colour and Scapes’, gabungan tiga pelukis bawah Angkatan Pelukis Kedah (APK).

Kumpulan itu diketuai Ahamad Fauzi Hassan itu ber sama-sama Zadul Mutaalim Ramli dan Anassuwandi Ahmad bakal mempersembahkan kreativiti mereka menerusi peng gunaan pelbagai medium berbeza - cat minyak arkilik dan cat air.

Fauzi berkata, beliau melihat peluang itu platform terbaik bagi mempamerkan bakat sekali gus meletakkan hasil kerja tertinggi setanding dengan pelukis terkemuka lain.

“Kami akan menampilkan antara 60 dan 80 lukisan dengan konsep penceritaan yang berbeza,” katanya.

Mereka akan menggunakan pendekatan berbeza meng hasilkan karya dalam menyampaikan pelbagai mesej kepada pengunjung pameran.

“Saya akan membawakan konsep realisme & abstrak iaitu berkaitan keindahan alam, alam sekitar dan bangunan lama, manakala Anas pula aliran abstrak dan seni intelektual yang berkisar kisah hidup kanak-kanak’.

“Konsep yang diketengahkan Zadul Mutaalim berkaitan realisme dengan menggunakan warna air bagi mengisahkan subjek alam sekitar seperti suasana kampung, senibina rumah Melayu serta haiwan’.

“Di samping berkarya, kami juga ingin menyampaikan dakwah untuk dikongsi bersama pengunjung bagi meng hayati falsafah ‘kebebasan mutlak’ yang dijanjikan Tuhan mencakupi dunia dan akhirat,” katanya.

Menurutnya, ada sebahagian lukisan yang disiapkan sejak 2004, tetapi pertama kali dipertontonkan kepada umum.

Satu daripadanya adalah lukisan terbesar pernah diha silkannya bertajuk Alor Setar 9 (Masjid Zahir) berukuran 138 cm x 183 cm yang akan dijual dengan harga RM50,000.

Selain dapat menyaksikan pameran berkenaan, pengunjung boleh membeli hasil kerja pelukis terbabit yang dihasilkan pada kanvas dan kertas bermula dari harga RM500 hingga RM12,000.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad