Seni pengakrab hubungan
Oleh Roslan Ibrahim
lann@hmetro.com.my
SENI tampak boleh menjadi jambatan mempereratkan hubungan Malaysia dan Filipina.
Menteri Luar, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, berkata kebudayaan dan kesenian antara dua negara yang hampir sama dizahirkan di atas kanvas oleh pelukis terkenal Filipina dalam pameran seni tampak di negara ini.
“Kerajaan sentiasa menyokong usaha Kedutaan Filipina di Malaysia bekerjasama dengan Dunia Seni Lukis Sdn Bhd menganjurkan pameran seni tampak oleh pelukis terkenal Filipina sempena Hari Kemerdekaan Negara Filipina ke-110 di Galeri ArtMalaysia,” katanya.
Dr Rais berkata demikian ketika merasmikan majlis sam butan Kemerdekaan Negara Filipina ke-110 anjuran bersama Kedutaan Filipina di Malaysia dan Dunia Seni Lukis Sdn Bhd, baru-baru ini.
Turut hadir, Duta Filipina ke Malaysia, Victoriano M. Lecaros dan Pengarah Urusan Dunia Seni Lukis Sdn Bhd, Alias Hashim.
Pameran ‘Seni Tampak Kalayaan 2008’ itu berlangsung sehingga 26 Jun ini disertai lima pelukis terkenal Filipina iaitu Aida Uy-Sze, Lilian Loseo-Tan, Nell Campos, Noel Pascual dan Celso Pepito.
Pameran Seni Tampak Kalayaan 2008 ini mempamerkan lukisan yang menggambarkan kehidupan seharian, adat re sam dan alam semula jadi di Filipina. Ia tidak banyak beza dengan Malaysia.
Sementara itu, Alias berkata, orang ramai boleh me ngunjungi galeri itu untuk melihat sendiri seni lukisan yang menggambarkan pelbagai elemen dari Filipina.
Beliau yakin, penduduk Filipina di negara ini tidak akan melepaskan peluang melihat lukisan landskap negara mereka dan ia secara tidak langsung menjadi platform bagi rakyat kedua-dua negara mengenali satu sama lain.
“Kami mengalu-alukan kedutaan negara lain yang berpusat di negara ini mencontohi langkah Kedutaan Filipina di Malaysia menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan kebu dayaan dan kesenian di Galeri ArtMalaysia,” katanya.
Katanya, Dunia Seni Lukis Sdn Bhd akan menganjurkan Pameran Seni Lukis Kontemporari 2008 pada 26 hingga 30 November ini di Mid Velly Exhibition Centre Kuala Lumpur yang disertai lebih 100 pelukis terkenal tempatan dan luar negara.
|
|