Gamitan Negeri Di Bawah Bayu
Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaiza@hmetro.com.my
 |
NEGERI Di Bawah Bayu, Sabah, memiliki banyak tempat percutian untuk bersantai yang unik meskipun sesetengah destinasinya jauh dari pusat bandar. |
NEGERI Di Bawah Bayu, Sabah, memiliki banyak tempat percutian untuk bersantai yang unik meskipun sesetengah destinasinya jauh dari pusat bandar.
Dari keindahan air terjun, suasana damai perkampungan, udara nyaman tanah tinggi hingga kegagahan Gunung Ki nabalu, kunjungan ke Sabah pasti berbaloi.
Kunjungan ke Sabah bersama Kelab Trekker's Kolej Poly Tech Mara (KPTM) memberi peluang penulis menjelajah beberapa destinasi menarik di negeri itu.
Memang sukar melupakan keindahan dan kedinginan udara Kundasang di kaki Gunung Kinabalu. Dengan latar belakang gunung tertinggi di Asia Tenggara itu, Kundasang memang tempat terbaik untuk bersantai.
Meskipun suasananya tidak jauh berbeza dari Cameron Highlands, Kundasang memberi peluang pelancong melihat konsep pertanian bukit dan keenakan sayur segar dipetik terus dari ladang seperti kobis, sawi dan lada merah.
Jika ingin rasai suasana membeli-belah, kunjungi pasar di pekan berdekatan.
Kesejukan pada waktu malam memang menggigit ke tulang hitam, namun pada waktu pagi, anda boleh melihat Gunung Kinabalu tersergam indah sayup disapu awan.
Soal penginapan bukan satu masalah besar kerana banyak kemudahan disediakan seperti hotel bertaraf bajet hingga empat bintang ataupun jika ingin kelainan, menginaplah di homestay.
“Pelancong ke Kundasang datang dari dalam dan luar negara kerana kawasan ini dekat dengan kaki gunung. Mereka suka bermalam di sini sebelum memulakan pendakian dari Me silau atau Timpohon.
“Ada juga yang datang hanya untuk menghirup suasana segar dan melawat Tugu Peperangan Kundasang (War Me morial) yang menempatkan tugu peringatan askar Australia yang terkorban ketika Perang Dunia Kedua.
“Melihat Gunung Kinabalu dari dekat pasti kenangan terindah kunjungan ke Sabah, ” kata seorang pengusaha homestay di Kundasang, Mazlina Abdullah.
Anda juga boleh melawat Taman Hidupan Liar Lok Kawi, yang memberi peluang pengunjung mendekati pelbagai dunia haiwan dengan habitat semula jadi.
Di sini, pengunjung bebas bermesra dengan gajah, melihat pelbagai unggas selain merasai suasana sebenar seperti di dalam hutan.
Jika inginkan pengalaman ngeri dan menguji keberanian, kunjungilah Kampung Budaya Monsopiad, kira-kira lima kilometer dari Taman Hidupan Liar Lok Kawi.
Kampung ini menempatkan rumah tinggalan pahlawan terkenal Sabah, Monsopiad serta sejarahnya.
Anda boleh melihat barisan tengkorak yang digantung bagi mengenang keberaniannya di alang bumbung rumah, ada yang berusia ratusan tahun.
Menurut pemandu pelancong, Suzana Azman, pertunjukan bagi mengenang perjalanan hidup Monsopiad serta tradisi masyarakat Sabah dipersembahkan untuk tatapan pelan cong.
Jika ingin merasai pengalaman makan ulat sagu hidup besar dan segar, anda boleh mencuba. Mulanya memang geli gelaman tetapi beberapa pengunjung yang mencuba me ngakui keenakkannya.
Untuk rasai nikmat mandi air terjun atau air panas, Poring Hot Spring adalah destinasinya. Berendamlah sepuasnya kerana terdapat lebih lima kolam besar air panas dan air terjun untuk mandi manda.
Membeli-belah di Sabah juga menyeronokkan. Jika anda peminat mutiara, Pasar Filipina tempat terbaik untuk di kunjungi.
Harganya murah dan jika pandai menawar, pembeli dapat memperoleh barang lebih separuh daripada harga asal.
Seminggu di Sabah, negeri itu memang unik dan istimewa, seperti kata seorang teman, 'Sabah lain daripada yang lain' dan memang kelainan itulah yang bakal anda temui apabila berkunjung ke sana.
|
|