» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Santai

Santai Beri manfaat dua negara

Susunan Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my



SETIAP minit, lebih enam juta kubik padu air mengalir laju dari Air Terjun Niagara, yang menjadi garis sempadan pemisah Amerika Syarikat dan negara jirannya di utara, Kanada.

Dari udara, bentuk air terjun ini seperti ladam kuda, dan kini menjadi komponen utama Taman Negeri Air Terjun Niagara, Amerika Syarikat.


Ia mempunyai dua bahagian utama, Air Terjun Horseshoe di sebelah Kanada dan Air Terjun American di sebelah Amerika Syarikat. Kedua-duanya dipisahkan oleh daratan kecil dikenali sebagai Pulau Goat.

Satu lagi bahagian yang lebih kecil, Air Terjun Bridal Veil pula dipisahkan dengan air terjun utama oleh Pulau Luna.

Akhir zaman ais menyaksikan glasier mencair sehingga membentuk Great Lake sebelum bongkah ini mengalir laju menuju ke Lautan Atlantik, lalu membentuk Air Terjun Niagara.

Walaupun bukan paling tinggi, air terjun ini mempunyai kelebaran luar biasa, memberi manfaat untuk penjanaan tenaga, sumber air dan pelancongan kepada dua negara ini.

Perkembangan taman negeri ini berkait rapat dengan sejarah kedua bandar berkembar - Ontario, Kanada dan New York, Amerika Syarikat.

Malah, bencana alam sekitar terburuk dalam sejarah Amerika iaitu di Love Canal juga berlaku di satu penempatan berdekatan dengan kawasan air terjun ini.

Tiga air terjun yang membentuk Niagara adalah tarikan utama taman negeri ini di atas tapak seluas 400 ekar ini. Reka bentuk taman ini dipertanggungjawabkan Frederick Law Olmsted, arkitek landskap terkenal yang membangunkan Central Park, di tengah kota New York.

Pengunjung yang mahu merasai deruan air terjun dari jarak dekat boleh berjalan kaki ke kawasan bawah Air Terjun Bridal Veil. Dari sini, mereka boleh meneroka keunikan Cave of the Wind, atau menaiki kapal jelajah 'Maid of the Mist', untuk merasai titisan air terjun ini.

Golongan pelajar dan anak kecil boleh mengunjungi Visitor's Center dan Niagara Gorge Discovery Center, gedung pembelajaran menghimpunkan sejarah perkembangan taman negeri ini. Lebih menarik, mereka yang datang bersama keluarga boleh meluangkan masa untuk melawat Aquarium of Niagara.

Pencinta alam pula boleh mengikuti pelbagai aktiviti termasuk merentas denai untuk menyaksikan sendiri khazanah alam semula jadi. Dek pemandangan turut disediakan bagi memberi peluang kepada pelancong menyaksikan deruan air terjun.

Berada di taman ini umpama mengunjungi kompleks beli-belah. Apa tidaknya, pengunjung mempunyai peluang untuk berbelanja sakan selepas menghabiskan masa menjelajah kawasan sekitar taman negeri ini.

Satu lagi pengalaman yang tidak boleh dilepaskan adalah menjamu selera di restoran Tops of the Falls yang menjadi antara tarikan terkini pengunjung ke taman negeri ini. Mulai lewat petang, air terjun ini berubah warna mengikut pancaran lampu sorot berkuasa tinggi.



>Info

  • Taman Negeri Air Terjun Niagara adalah taman negeri tertua di Amerika Syarikat, ditubuhkan pada 1885.

  • Kira-kira 3,160 tan aliran air menuruni Air Terjun Niagara setiap saat. Angka ini bersamaan dengan 75,750 gelen air sesaat di Air Terjun American dan Air Terjun Bridal Veil.

  • Empat daripada lima tasik besar Amerika iaitu Superior, Michigan, Huron dan Erie mengalir ke Sungai Niagara. Lima tasik ini mewakili satu perlima daripada bekalan air tawar dunia.

  • Kira-kira 140 ekar daripada keseluruhan luas kawasan taman negeri ini terletak di bawah air.

  • Orang pertama yang memberikan gambaran jelas mengenai saiz air terjun ini adalah Father Louis Hennepin, paderi Perancis yang menyertai ekspedisi ke wilayah Niagara, pada 1678.

  • Pulau Three Sisters iaitu Asenath, Angeline dan Celinda Eliza, dinamakan sempena anak perempuan Parkhurst Whitney, pemilik hotel dan tokoh tempatan.

  • Carian Artikel
    Lain-lain artikel :



    VARIASI

    Ad-Din

    lagi
    it@Metro
    lagi
    lagi
    lagi
    lagi
    lagi


     
    MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker