Taman tema air TBRTeks dan gambar Md Fuzi Abd Latehmdfuzi@hmetro.com.my GELAGAT melucukan dua badut yang ‘mesra’ pengunjung pasti membuatkan kanak-kanak sentiasa ceria menikmati percutian bersama keluarga di pusat peranginan Tiara Beach Resorts (TBR) di Pasir Panjang, Port Dickson.
Si cilik pasti teruja dengan keramahan badut ini yang gemar memberikan pelbagai hadiah seperti belon, permainan pu zzle, gula-gula dan makanan ringan, ternyata menghidupkan suasana petang. Tambah teruja apabila melihat kecekapan badut membuat persembahan silap mata di sudut khas yang dibina berdekatan gigi air sebagai tarikan menarik di hotel peranginan itu. Kanak-kanak yang sibuk mandi laut bergegas naik ke pantai semata-mata mahu merakamkan aksi bersama badut. Paling menyeronokkan apabila mereka tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi hadiah dalam acara santai di tepi pantai. Tempoh tiga jam seperti tidak terasa apabila sebahagian besar waktu diisi dengan pelbagai aktiviti pantai, antaranya bola sepak pantai, ‘musical box’, hola hoop, tarian berirama, rebut belon dan rebut kerusi. Tarikan utama TBR terletak pada persisiran pantai buatan manusia dilengkapi dengan taman tema airnya. Walaupun tidak segah Taman Tema Sunway Lagoon, ia menyediakan kolam utama dengan luas lima kali ganda daripada saiz kolam Olimpik, tapak membina istana pasir, pantai buatan dan layar gergasi. Golongan kecil paling gembira apabila dapat bermain gelungsur air di kolam khusus untuk kanak-kanak. Ini hanyalah satu daripada permainan utama di taman tema air ini. Untuk pengunjung lebih dewasa, mereka boleh mengun jungi kelab, restoran, karaoke, spa dan sauna. Anak kecil boleh dihantar ke pusat jagaan seketika sementara ibu bapa me nikmati saat romantis bersama-sama. Sebelah malamnya terisi dengan aktiviti karaoke atau ta yangan wayang di kawasan terbuka. Turut disediakan, bilik permainan kanak-kanak dilengkapi pelbagai permainan vi deo. Jika mahu ke Teluk Kemang, anda hanya perlu memandu beberapa minit ke pantai peranginan popular itu. >INFO >Perjalanan ke TBR dari ibu negara hanya mengambil masa kira-kira satu setengah jam atau 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tiga jam dari Singapura melalui Lebuhraya Utara-Selatan. >TBR ini terletak di Kilometer 13 Jalan Pantai, Port Dickson menyediakan alternatif pantai buatan manusia di taman tema seluas 8.4 hektar itu. Maklumat lanjut, layari laman web www.tbr.com.my, hubungi talian 03-7803 5599/06-6628888. |