Orkid hiasan Parkroyal
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my
TIGA kuntum orkid menemani penulis sepanjang me nikmati terapi aromaterapi di Spa St Gregory, Hotel Parkroyal Kuala Lumpur.
Bunga yang lebih kecil tetapi direndam dalam mangkuk kecil turut dihantar ke bilik bersama-sama bungkusan coklat, menjelang malam.
Tidak terhenti di situ, orkid pelbagai warna yang menjadi identiti korporat jenama Parkroyal menjadi hiasan utama di segenap sudut hotel.
Seperti kata Pengurus Komunikasi Pemasarannya, Wendy Kok, orkid memiliki pesonanya tersendiri dan ia bertahan lebih lama berbanding bunga hiasan lain.
Warnanya yang memukau perhatian menterjemah aura mewah senada dengan imej hotel lima bintang ini.
Bunga sama turut diletakkan di 'Orchid Club’, sayap baru disasarkan kepada pengembara bisnes yang diubahsuai de ngan kos RM16 juta. Meliputi tiga tingkat, 78 bilik dan suite di sayap ini menawarkan penginapan dan layanan bertaraf enam bintang.
Layanan ala VVIP untuk tetamu kelab ini akan bermula sebaik anda menjejakkan kaki ke Parkroyal. Tanpa perlu beratur di lobi, urusan daftar masuk dan keluar tetamu sayap baru ini dilakukan di Orchird Club Lounge.
Lobi di tingkat enam menyajikan sarapan, makanan ringan sepanjang hari (12 tengah hari hingga 5 petang) dan koktel petang (6 petang hingga 7.30 malam).
Suasana ‘lounge’ ini lebih santai dengan ruang khas di bahagian luar berdepan dengan pemandangan kesibukan Bukit Bintang.
Tetamu kemudian akan diberikan kad sentuh yang mem punyai akses ke sayap ‘Orchird Club’ di tingkat tiga, empat dan lima.
Konsep zen menjadi teras kepada hiasan dalaman sayap baru meliputi tiga tingkat.
Hiasan dalam bilik dan suite pula menampilkan gaya moden kontemporari dengan penggunaan perabot gaya ‘sleek’ sesuai dengan gaya hidup abad ke-21. Cermin bersaiz besar dan melekap ke dinding dan panel kayu pula memberi bayangan lebih besar kepada bilik.
Gaya moden ini dilengkapi televisyen LCD 32 inci dan pemain DVD, selain pilihan tayangan filem kegemaran menerusi saluran hiburan hotel. Tetamu kelab ini juga akan menikmati akses Internet selain menikmati pancuran air tekanan tinggi di setiap bilik.
Kok berkata, tetamu boleh memanfaatkan keluasan saiz ‘Orchird Club Lounge’ dengan mengadakan mesyuarat per niagaan selain dua terminal komputer dengan akses internet dan faksimili.
“Mereka yang mahu melepaskan tekanan selepas sehari suntuk bekerja boleh berkunjung ke gimnasium dan kolam renang. Satu lagi pilihan utama tetamu adalah menikmati terapi di Spa St George, yang pernah meraih pengiktirafan antarabangsa,” katanya.
TEMPAT MAKAN
Chatz Brasserie menyajikan hidangan dari seluruh dunia, manakala Bossa Nova menawarkan pengalaman Brazil de ngan pilihan daging barbeku. Restoran Cina Si Chuan Dou Hua pula tampil dengan menu Sichuan yang pedas lengkap dengan persembahan penyedia tehnya. Klix Lounge pual sesuai sebagai lokasi santai malam minggu.
HOTEL
Parkroyal Kuala Lumpur
50250 Jalan Sultan Ismail
Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-2147 0088
Faks: 03-2147 0099.
Emel: enquiry@kul.parkroyalhotels.com.
Laman web: www.kualalumpur.parkroyalhotels.com
|
|