Belai badan di Spa CHI
Teks dan gambar Yooga Rani Murugiah
yooga@hmetro.com.my
POPULARITI Batu Ferringhi, Pulau Pinang sebagai des tinasi pelancongan tepi pantai tidak boleh dipertikaikan.
Berbekalkan pantai landai dan pasir memutih, pantai per anginan Batu Ferringhi di utara Pulau Mutiara menjadi lokasi paling sesuai untuk menggamit pelancong menikmati ke mudahan hotel dan percutian spa bertaraf antarabangsa.
Spa CHI di Hotel Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa antara spa terkemuka di Malaysia yang mempunyai ke istimewaan dan tarikan tersendiri.
Menghadap pantai indah dan bersih berlatarkan peman dangan menghijau pulau serta gandingan alam semula jadi menjadikan taman spa ini, tempat yang paling tepat untuk pengunjung hotel dan pelancong yang melawat Pulau Pinang untuk beristirahat.
Bunyi deruan ombak di pantai, batang buluh yang dipacak pada seluruh ruang masuk taman spa ini, bunga keladi dalam kolam air, seni arca unik dan bauan aromaterapi bagaikan menyambut mesra kehadiran anda.
Spa CHI yang dibuka dua tahun lalu mampu memberi pengalaman baru kepada pelanggan.
Tersergam mewah dengan kemudahan 11 villa spa, bilik mandi terapi, pondok spa, kolam teratai, ruang istirahat untuk lelaki dan wanita serta butik spa menggambarkan gabungan suasana budaya penduduk Asia.
Selain urutan tradisi Melayu dikenali Rasa Asmaradana, terdapat 35 jenis rawatan seperti aromaterapi, Cina, Thai, Himalaya, rawatan muka dan tubuh yang mengambil masa beberapa jam.
Pengurus Spa, Vanicha Phaphoom, berkata spa ini meng gunakan produk jenama sendiri seperti minyak urut yang dibuat daripada bahan rumusan asli seperti buah pala, kayu cendana dan pelbagai rempah ratus.
Memandangkan Pulau Mutiara memang terkenal dengan penghasilan buah pala, ekstrak buah ini digunakan untuk menyental badan dan lulur, apabila ia membuatkan tubuh rasa lebih segar, menghilangkan angin dan membantu pe ngaliran darah.
Jelas Vanicha, Spa CHI diperkenalkan dengan pegangan prinsip bahawa untuk mencapai keseimbangan dan ke harmonian, rawatan dalaman dan luaran berbentuk urutan menjadi pendekatan holistik ke arah kecantikan dan ke sejahteraan diri.
Memang tidak terungkap dengan kata-kata untuk me nerangkan kehebatan spa ini. Hanya berkunjung dan merasa sendiri, barulah pengunjung dapat menggambarkan sepe nuhnya keunggulan spa itu yang pernah meraih banyak anugerah antarabangsa.
|
|