Singkap misteri dasar RedangOleh Syah Rul Aswari Abdullahsrul@hmetro.com.my SUKAR mengungkapkan keindahan panorama peman dangan dasar laut jika seseorang itu tidak pernah me ngunjunginya.
Dasar yang disangka kelam sebenarnya kota yang menjadi kediaman kepada pelbagai spesies berwarna-warni. Kesempatan memenuhi undangan Olympus sempena pe lancaran kamera digital terbarunya, baru-baru ini memberi penulis peluang mendekati misteri kehidupan dasar laut Pulau Redang. Kami dibekalkan kamera digital terkini Olympus, U1030 SW - resolusi 10.1 megapiksel dan boleh dibawa menyelam sehingga kedalaman 10 meter. Sepanjang perjalanan kira-kira tujuh jam di pantai timur, kami diberi penerangan fungsi kamera terbaru Olympus U1030 SW. Sempena dengan tema pemuliharaan alam sekitar yang sempena pengembaraan Olympus, dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, kami singgah di Pusat Santuari Penyu Cherating dan Pusat Santuari Penyu Ma’ Daerah di Kerteh. Penolong Pengurus Besar, Bahagian Sistem Imejan, Olym pus, Yong Kee Yap bersama kakitangannya dan wakil media menanam 30 anak pokok hiasan bagi mengindahkan serta menghijaukan persekitaran Pusat Santuari Penyu Cherating. Di Santuari Penyu Ma’ Daerah di Kerteh, kami berpeluang melepaskan kira-kira 50 anak penyu yang berjaya ditetaskan di santuari itu. Kami tidak dibenarkan menggunakan ‘flash’ ketika me rakamkan aksi anak penyu berenang perlahan-lahan ke gigi air. Secara fitrahnya, ia bergantung kepada bunyi desiran ombak dan cahaya bulan, ketika mencari arah ke laut. Sebarang pancaran cahaya termasuk lampu picit akan menyebabkan anak penyu ini kehilangan arah. Mungkin ramai tidak tahu, hanya seekor daripada 100 atau 5,000 anak penyu yang baru menetas hidup ke peringkat matang berikutan serangan pemangsa. “Sebagai syarikat korporat, Olympus sentiasa menyokong usaha pemuliharaan alam semula jadi di samping menghargai hidupan liar,” katanya. Selepas bermalam sehari di Rumbia Resort, Paka, kami meneruskan pengembaraan ke Pulau Redang dan menginap di Redang Holiday Beach. Gerimis yang ada kalanya disusuli hujan lebat tidak meng halang kami untuk meneroka dasar taman laut. Perairannya pulau ini kaya dengan kepelbagaian biodiversiti sama ada terumbu karang keras dan lembut termasuk ‘gorgonion’, akar bahar, batu karang hitam, ‘staghorn’, ‘hy roid’ dan terumbu karang hap. Saya seronok melihat ikan nemo berenang di celah karangan laut tetapi ada jurugambar mengakui melihat ikan barakuda dan ikan hantu. Jika nasib baik, anda mungkin bertemu dengan penyu belimbing terutama ketika musim pendaratan penyu antara Mei hingga Oktober setiap tahun. Perairan pulau ini juga menjadi kawasan jerung putih yang gemar ‘bersiar-siar’ di terumbu karang. |