52 aktiviti Festival KL 2008TIDAK lengkap taraf sesebuah bandaraya tanpa pengan juran festival seninya.
Sejajar menjadikan ibu kota pusat tumpuan kebudayaan dan kesenian, Festival Kuala Lumpur (FKL) 2008 mengambil tempat sepanjang bulan ini. Lebih 52 aktiviti utama merangkumi nyanyian atau muzik, tarian dan persembahan teater diadakan sepanjang festival, di beberapa lokasi tumpuan di sekitar ibu negara termasuk Istana Budaya, Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac), Taman Tasik Titiwangsa, Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pasar Budaya dan Dataran Merdeka. Menariknya, kebanyakan aktiviti dianjurkan secara per cuma, manakala beberapa persembahan terpilih dikenakan bayaran bagi menarik lebih ramai penonton. >PANCARAGAM DUNIA Pertandingan KL World Marching Band (KLWMBC) akan menghimpunkan kira-kira 2,5000 peserta dari kumpulan pancaragam terbaik Amerika Utara, Eropah, Afrika dan Asia, berlangsung di Stadium Merdeka dan Dataran Merdeka, sepanjang bulan ini. Peminat keunikan koreografi dalam permainan dram cina, boleh menyaksikan konsert Drum Slices III oleh kumpulan Hand's Percussion yang dianggotai remaja berusia antara empat hingga 18 tahun. Persembahan kumpulan yang pernah menerima anugerah seni BOH Cameronian ini diadakan di KLPac, Sentul Park pada Ahad ini, mulai 3 petang. >KONSERT SEJAGAT Acara utama menerusi Festival Muzik Kuala Lumpur 2008, bermula semalam ini bakal menampilkan persembahan ber tenaga menggabungkan pemuzik tempatan dan antarabang sa. Pelbagai genre muzik dari world music, etnik, jazz dan nasyid akan dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Bu daya, sehingga Ahad ini. Konsert Seniman Negara, Datuk Ahmad Nawab pada malam esok akan turut disertai Khatijah Ibrahim, Latiff Ibrahim, Man Kidal, Jamal Abdillah, Siti Fairuz dan Steve Thornton Sementara persembahan tempatan lain termasuk Konsert Rohani daripada artis Yassin, Far East, Rabbani dan Swara Sister. Manakala, pemuzik antarabangsa yang bakal membuat persembahan termasuk Vishwa Mohan Bhatt, Lilly Band, Hands of Percussion dan Field Players. >FESTIVAL TEATER Peminat aksi pentas teater boleh mengunjungi Auditorium MTC dan Auditorium DBKL, bagi menyaksikan Festival Teater yang akan berlangsung pada 14 hingga 19 Julai depan. Selain itu, bagi menarik dan mempromosikan cara ini, persembahan percuma KL Samrah akan diadakan di Bintang Walk di Bukit Bintang. >MUZIK JALANAN Jalan Petaling yang terkenal dengan pusat jualan pelbagai jenis barangan akan diserikan dengan acara, Rentak Petaling mulai 6 Julai hingga 20 Julai depan. Acara ini merangkumi persembahan muzik jalanan moden dan tradisional. >PAMERAN SENI Pameran karya Ong Boon Hau berjudul `The Yarra' bermula Selasa ini hingga 15 Julai di NN Gallery, Ampang. Selain itu, pameran `Kukur Kelapa' menanti pengunjung di Galeri Orang Asli, Jabatan Muzium Malaysia sepanjang Julai ini yang memaparkan keunikan kukur kelapa dalam masyarakat. Pameran seni simbolik ini turut dipenuhi dengan de monstrasi dan pertandingan kukur kelapa. Penggemar sastera, pastikan anda tidak terlepas daripada menghadiri Bicara Puisi Kuala Lumpur di Ruang Legar Balai Budaya, Dewan Bahasa Pustaka (DBP) pada 18 Julai bagi menghayati deklamasi puisi tokoh budayawan, artis tempatan dan orang ramai. Di Laman Seni, Akademi Seni Budaya dan Warisan Ke bangsaan pada 11 Julai pula dianjurkan Malam Puisi Warisan, gelanggang bagi penyair muda beraksi. INFO >Festival Kuala Lumpur diatur oleh Kementerian Per paduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) de ngan kerjasama Kementerian Pelancongan (KP), Kemen terian Penerangan dan Kementerian Wilayah Persekutuan melalui DBKL. >Maklumat lanjut berhubung aktiviti, persembahan, tem pat, tiket, pengangkutan dan masa, anda boleh melayari laman web www.klfestival.org.my atau kunjungi Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) Jalan Ampang. Orang ramai pula boleh merujuk kepada kios di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). |