Souq Bazaar di Menara KLOleh Syah Rul Aswari Abdullahsrul@hmetro.com.my SOUK, adalah daerah perniagaan atau kawasan komersial dalam kota masyarakat Arab. Perkataan ini juga membawa maksud pasar minggu di pekan kecil.
Bagi mempromosi kawasan ini di kalangan pelancong Arab, The Cosmopolitan Events & Consultans Sdn Bhd dan Menara Kuala Lumpur menganjurkan ‘Souq Bazaar’ di perkarangan menara telekomunikasi keempat tertinggi di dunia itu. Namakan apa saja, semuanya akan dapat dilihat di bazar ini. Ada lapan gerai menjual pelbagai hidangan masyarakat Timur Tengah dan tempatan. Ini termasuk menu wajib seperti kebab, ais krim, kopi dari negara rantau itu, manakala selera Malaysia seperti pelbagai jenis sate. “Mood Aladdin dan kisah 1001 malam ini menyambut kedatangan pengunjung ke Souq ini. Suasana Timur Tengah ini jelas terlihat pada penggunaan khemah ala puak nomad di padang pasir, dilengkapi dengan lampu gantung hiasan dan kusyen fabrik berkilau. Pengurus Projek, Mary Ann Galistan, berkata kebanyakan produk yang dijual didatangkan dari pelbagai negara bagi memberi pengalaman berbeza. “Apa yang lebih menarik, pengunjung bukan saja merasakan suasana membeli-belah seperti berada di bazar Timur Tengah, malah meneroka kemegahan Menara Kuala Lumpur yang diiktiraf menara telekomunikasi keempat tertinggi di dunia ini,” katanya. Tidak lengkap bazar ini tanpa kemeriahan pesta tarian gelek. Untuk keterangan lanjut layari laman web www.thecos mopolitanevents.com atau http://www.menarakl.com.my/. |