» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Santai

Santai Malaysia menang 4 anugerah Pata






MALAYSIA meraih empat pengiktirafan antarabangsa pada Anugerah Emas Pata 2008. Pata adalah Persatuan Pelancongan Asia Pasifik yang berpangkalan di Bangkok, Thailand bertujuan mempromosikan produk pelancongan dan meningkatkan jaringan kerjasama menerusi satu jenama.

Anugerah dimenangi adalah Media Pemasaran (Iklan Pelancongan - Media Penyiaran) untuk kempen Tourism Malaysia, ‘Visit Malaysia Year 2007’. Antara lain, iklan itu memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengalu-alukan kedatangan pelancong untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara.


Selain itu, CD Interaktif Panduan Pelancongan Tourism Malaysia dan Video Promosi Pelancongan Biro Konvensyen Borneo Sarawak, ‘Recharge in a New World’, meraih anugerah untuk Media Pemasaran.

Manakala, Anugerah Latihan dan Pendidikan diterima Sekolah Pengurusan Hotel Taylor menerusi ‘Empowering Youths for a Brighter Future’. Semua anugerah akan disampaikan dalam majlis makan tengah hari anjuran Pata, di India, bulan depan.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammed Taiyab, berkata pihaknya begitu berbangga dengan penghargaan daripada Pata itu.

“Anugerah Media adalah penghargaan kepada seluruh pasukan Tourism Malaysia dan rakan niaga dalam mempromosikan negara sebagai destinasi pelancongan utama dunia. Pengiktirafan ini juga menjadi bukti kesungguhan kami untuk memartabatkan industri hospitaliti negara,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker