» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Santai

Santai Hayati kehidupan desa

Teks dan gambar Aminudin Ismail.
rencana@hmetro.com.my



PEMANDANGAN indah pulau peranginan yang bertaburan di Laut China Selatan menjadi aset kepada Penarik Inn, chalet kecil di Setiu Terengganu yang beroperasi sejak 1980-an ini.

Jika chalet dengan reka bentuk tradisional seusia dengannya sudah lama menutup pintu, Penarik Inn masih teguh berdiri dan menarik kunjungan tetamu yang mengunjungi negeri pantai timur itu.


Pengurusnya, Riyad Baharuddin, berkata ada pelancong tinggal untuk tempoh lebih lama selepas terpesona dengan suasana perkampungan desa di chalet itu.

“Kebanyakan tetamu sukakan kawasan pantai yang panjang sebagai tempat berjemur dan sesuai dijadikan lokasi pelbagai sukan dan rekreasi air.

“Jika warga tempatan berkelah dan mandi-mandi berhampiran gigi air, pelancong asing pula gemar berjemur atau berenang sehingga jauh ke tengah lautan,” katanya.

Penarik Inn yang dibangunkan atas tapak seluas 2.8 hektar turut menjadi lokasi terbaik untuk menyaksikan keindahan pemandangan matahari terbit dan terbenam.

Riyad berkata, tetamu juga dapat menyaksikan keunikan cara hidup masyarakatnya yang masih kental dengan amalan nilai murni termasuk semangat bergotong royong.

“Mereka berpeluang melihat bot nelayan yang membawa hasil tangkapan berlabuh selepas menyabung nyawa di tengah laut. Jika mahu, boleh membeli ikan, sotong dan udang segar dengan harga jauh lebih murah,” katanya.

Aktiviti lain termasuk pesta barbeku dengan menu makanan lain yang segar pada malam hari. Pengurusan juga boleh mengaturkan lawatan ‘river cruise’ meliputi pemandangan kelip-kelip, flora dan fauna dalam habitat semula jadi paya bakau.

Riyad berkata, selepas 30 tahun beroperasi, Penarik Inn menerima 10,000 pelancong asing yang kebanyakan dari Eropah.

Rata-ratanya memilih Terengganu sebagai lokasi percutian kerana terpesona dengan keindahan negeri pantai timur itu.

“Meskipun tidak meraih pendapatan lumayan seperti pengusaha pusat peranginan lima bintang, kami berbangga berpeluang mempromosikan keunikan Terengganu kepada pelancong asing,” katanya.



>Info

>Penarik Inn menawarkan 13 unit penginapan sesuai untuk mereka yang mengembara berseorangan atau bersama keluarga. Kemudahan termasuk penyaman udara, televisyen dan bilik mandi berasingan.

>Ada 10 bilik dengan satu katil, dengan kadar bayaran hanya RM40 semalam. Penginapan jenis ini amat popular di kalangan pengembara ‘backpacker’. Ada juga tetamu yang menginap lebih lama selepas terpesona dengan pemandangan pantai di Setiu ini.

>Selain aktiviti santai dan sukan air, peserta ‘river cruise’ Sungai Penarik juga boleh mencuba pengalaman memancing. Jika kena gaya, peserta dapat melihat reptilia seperti ular dan biawak yang mendiami kawasan paya bakau ini.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker