‘Jackie Chan’ sambut tamuOleh Syah Rul Aswari Abdullahsrul@hmetro.com.my FRANCAIS muzium lilin paling terkenal dunia ini dibuka kepada umum pada Ogos 2000. Madame Tussauds Hong Kong muzium tunggal di bawah ‘jenama’ ini dan ketujuh di dunia selepas London, New York, Las Vegas, Amsterdam, Shanghai dan Washington.
Di Hong Kong, muzium ini terletak di The Peak, tarikan pelancongan pada ketinggian 396 meter (m) dari paras laut. Selain aktres kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh, muzium ini turut menempatkan wajah popular antarabangsa termasuk Madonna, Micheal Jackson, Naomi Campbell dan Kylie Minogue. Selebriti Hong Kong pula termasuk Aaron Kwok, Andy Lau, Bruce Lee, Cecilia Cheung. Ketua Eksekutifnya, Donald Tsang, berkata muzium itu menjadi lokasi ‘berhimpun’ ikon dalam politik, sukan dan untuk tatapan pengunjung dari seluruh dunia. Di pintu masuk, ‘Bruce Lee’ memakai sut kuning jalur hitam manakala senyuman mesra ‘Jackie Chan’ menunggu pengunjung di tingkat bawah. Jika patung Tiger Woods lengkap dengan mini lapangan glof, Beckham bergaya dengan jersi dan bola sepak, ‘Ronaldinho’ pula kelihatan menjaga gawang gol. Muzium ini juga mempunyai patung Yao Ming, bintang bola keranjang China yang kini beraksi dalam liga NBA Amerika Syarikat. >Info >Patung lilin Miriam Yeung, yang dipaparkan pertama kali pada November 2006 adalah yang pertama seumpamanya dilengkapi alat pengesan dalaman bagi membolehkan patung itu ketawa kecil setiap kali didekati. >Patung Connie Chan, mula dipamerkan pada Ogos 2006 adalah yang pertama tampil dalam busana zaman dinasti China. >Bae Yong Joon menjadi bintang Korea pertama yang mendapat penghormatan sebagai bahan pameran di Madame Tussauds Hong Kong. >Mahu ke sini? Hanya empat jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Sehingga 31 Ogos ini, AirAsia menawarkan sehingga 1 juta tempat duduk percuma untuk tempoh penerbangan antara April dan 31 Julai 2009. Layari www.airasia.com. >RUJUKAN PERCUTIAN > Madame Tussauds Hong Kong www.madame-tussauds.com.hk >Lembaga Pelancongan Hong Kong www.discoverhongkong.com |