» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Santai

Santai Belai diri di Spa Andana

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my



JIKA mahu bersantai melihat pemandangan indah padang golf, jauh dari kesibukan kota sambil tubuh anda dibelai, Spa Andana adalah tempatnya.

Pengurus Pemasarannya, Angel Tan, berkata spa itu terletak berdepan pemandangan padang golf, jauh dari kesibukan kehidupan kota.


“Lokasi di pinggir Kuala Lumpur juga amat strategik membuatkan pelanggan benar-benar menikmati ketenangan yang mereka mahukan,” katanya.

Andana, perkataan Sanskrit yang bermaksud syurga dipilih sebagai nama spa yang membuka operasinya sejak 1992. Identiti ‘andana’ terletak pada gabungan program teraputik terkemuka dan layanan mesra dalam memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi.

Spa itu berperanan sebagai pusat kesihatan dengan kemudahan kolam jet spa, bilik stim dan sauna. Lounge pula berdepan pemandangan indah Glenmarie Glof & Country Club.

“Terapi urutan popular merangkumi Shiatsu dan Aromaterapi selama 40 minit. Terapi 'signature' seperti 'The Twin Harmony' pula menggunakan dua ahli terapi bagi memberikan pengunjung ketenangan menyeluruh,” katanya.

Anda juga boleh melakukan perawatan wajah dan rias kuku.

Beliau berkata, pakej ‘standard’ bernilai RM148 meliputi sesi urutan, kolam jakuzi, bilik stim dan sauna.

“Pelanggan yang mengambil pakej ini juga boleh menggunakan lounge untuk merehatkan fikiran sambil membaca atau menonton filem.

“Kami turut menawarkan perawatan tubuh menggunakan coklat, skrab garam laut, teh hijau dan tanah liat,” katanya.



>Info

Spa Andana

Holiday Inn Glenmarie

1, Jalan Usahawan U1/8

Seksyen U1

40250 Shah Alam

www.andanaspa.com

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker