Belai diri di Spa AndanaOleh Syah Rul Aswari Abdullahsrul@hmetro.com.my JIKA mahu bersantai melihat pemandangan indah padang golf, jauh dari kesibukan kota sambil tubuh anda dibelai, Spa Andana adalah tempatnya.
Pengurus Pemasarannya, Angel Tan, berkata spa itu terletak berdepan pemandangan padang golf, jauh dari kesibukan kehidupan kota. “Lokasi di pinggir Kuala Lumpur juga amat strategik membuatkan pelanggan benar-benar menikmati ketenangan yang mereka mahukan,” katanya. Andana, perkataan Sanskrit yang bermaksud syurga dipilih sebagai nama spa yang membuka operasinya sejak 1992. Identiti ‘andana’ terletak pada gabungan program teraputik terkemuka dan layanan mesra dalam memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi. Spa itu berperanan sebagai pusat kesihatan dengan kemudahan kolam jet spa, bilik stim dan sauna. Lounge pula berdepan pemandangan indah Glenmarie Glof & Country Club. “Terapi urutan popular merangkumi Shiatsu dan Aromaterapi selama 40 minit. Terapi 'signature' seperti 'The Twin Harmony' pula menggunakan dua ahli terapi bagi memberikan pengunjung ketenangan menyeluruh,” katanya. Anda juga boleh melakukan perawatan wajah dan rias kuku. Beliau berkata, pakej ‘standard’ bernilai RM148 meliputi sesi urutan, kolam jakuzi, bilik stim dan sauna. “Pelanggan yang mengambil pakej ini juga boleh menggunakan lounge untuk merehatkan fikiran sambil membaca atau menonton filem. “Kami turut menawarkan perawatan tubuh menggunakan coklat, skrab garam laut, teh hijau dan tanah liat,” katanya. >Info Spa Andana Holiday Inn Glenmarie 1, Jalan Usahawan U1/8 Seksyen U1 40250 Shah Alam www.andanaspa.com |