» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Santai

Santai >>TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU






Pulau Wan Man

  • Taman tema seni bina dan ilmuan Islam pertama di dunia. Ia mengandungi 21 replika masjid terkenal dan monumen Islam terkemuka dari seluruh dunia. Antaranya ialah Kubah Emas (Dome of Rock) di Baitulmaqdis dan Taj Mahal di India.




    Sekitar Kuala Terengganu

  • Pasar Besar Kedai Payang, Bukit Puteri, Istana Maziah, Dataran Maziah, Pantai Batu Buruk, Pulau Duyong (membina bot), Muzium Terengganu (muzium terbesar di Asia Tenggara) dan Losong (tempat menghasilkan keropok lekor).



    Pulau/Snorkeling/Selam Skuba

  • Pulau di Terengganu diwartakan sebagai taman laut. Di sini anda berpeluang melihat panorama laut yang saujana mata memandang, batu karang, rumpai laut dan pasir pantai yang memutih. Segalanya bak syurga bagi mereka yang cintakan alam semula jadi dan minat dengan aktiviti laut.



    Masjid Terapung dan Pusat Kraftangan Cendering

  • Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah) dibina dengan begitu rupa bagi memberi gambaran seolah-olah sebuah binaan untuk tujuan ibadat di atas air. Pelancong turut berpeluang melihat seni kraf dan membeli pelbagai cenderhati kraf tempatan.



    Pusat Pendaratan Penyu di Rantau Abang

  • Pantai di Terengganu adalah tempat yang paling sesuai untuk penyu berehat dan bertelur. Pantai di Terengganu antara enam tempat pendaratan penyu gergasi di dunia antara Mei hingga September. Pelancong berpeluang melihat kehadiran penyu pada malam yang sunyi sepi untuk bertelur.



    Tasik Kenyir

  • Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Kedudukannya di tengah hutan hujan tropika menyediakan pelbagai kehidupan menarik seperti flora dan fauna selain spesies tumbuhan yang jarang dilihat di mana-mana di seluruh dunia.



    Marang

  • Terletak kira-kira 17 kilometer dari Kuala Terengganu, pantai Marang memang terkenal dengan pasirnya yang memutih dan tumpuan untuk mandi-manda. Di sini anda boleh melihat kehidupan masyarakat nelayan yang keluar dan pulang membawa hasil tangkapan. Bagi mereka yang mahu merakam gambar menarik, inilah tempatnya.

  • Carian Artikel
    Lain-lain artikel :



     
    VARIASI

    Santai

    lagi
    lagi
    lagi
    it@Metro
    lagi
    Dekotaman
    lagi
    it@Metro
    lagi


     
    MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker