Zoom! Ramadan Pengerang 2008SEMPENA dengan kedatangan puasa, Kementerian Pelancongan melalui Tourism Malaysia menganjurkan program Zoom! Ramadan Pengerang 2008, di Bandar Penawar, Johor, baru-baru ini.
Perasmian disempurnakan oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Makhota Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj. Antara lain, acara tiga hari yang turut mendapat kerjasama daripada Syarikat DD Media Consult dan Radio Television Malaysia (RTM) itu dimeriahkan dengan karnival jualan produk dan bazar Ramadan. Golongan kurang bernasib baik tidak dilupakan dengan penyerahan sumbangan raya kepada anak yatim. Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh Hijjaz, Alfira dan Nazrey. Kemuncak acara adalah penganjuran Forum Perdana pada 14 September oleh RTM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). |