MAS pilihan utama pengembara bisnesPENERBANGAN Malaysia (MAS) sekali lagi dinobatkan sebagai penerbangan utama rantau ini apabila meraih dua anugerah menerusi undian penerbitan memfokuskan kepada pelabur, berpangkalan di Hong Kong, Alpha South East Asia.
Anugerah itu adalah untuk kategori ‘Penerbangan Pilihan ke Timur Tengah dari Asia Tenggara dan Lounge Lapangan Terbang Terbaik di Asia Tenggara’. Undian tahunan dikenali sebagai 2nd Annual Business Travel Poll itu turut menobatkan Penerbangan Malaysia di tempat kedua dalam kategori ‘Penerbangan Pilihan untuk ke Hong Kong’ dan ‘Perkhidmatan Kelas Ekonomi Terbaik untuk Pengembara Bisnes’. |