Pesona The Nomad Sucasa
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my
SUCASA, perkataan daripada kamus Sepanyol membawa maksud rumah anda menterjemah kemewahan yang melingkari dekorasi penginapan ini. Di The Nomad Sucasa, tetamu pasti terpesona dengan tahap keselesaan, mutu perkhidmatan di tengah kesibukan ibu kota ini.
Asalnya, bangunan di Jalan Ampang berkenaan dinamakan hotel Sucasa sebelum ditukar kepada The Nomad Sucasa, baru-baru ini selepas diuruskan The Nomad Group Berhad..
Pengerusinya,, Mohd Nasir Ali, berkata pihaknya menjalankan pengubahsuaian besar-besaran sebagai antara langkah penjenamaan semula hotel itu, selepas mengambil alih Mac tahun lalu.
Apartmen servis itu kini menjanjikan mutu perkhidmatan dan layanan bertaraf lima bintang kepada pelanggan serentak dengan pelancaran wajah barunya itu. Ia menawarkan 180 unit penginapan - setiap satunya dengan pilihan sama ada satu atau dua bilik tidur.
Tetamu boleh memilih sama ada untuk membuat tempahan mengikut hari atau tinggal untuk tempoh lebih lama sesuai dengan permintaan pelancong asing yang menjadikan Malaysia destinasi percutian musim panas mereka.
Suite yang luas menawarkan gaya hidup kosmopolitan juga sesuai dengan kehendak setiap tetamu. Setiap bilik dilengkapi dengan ruang rehat, ruang makan dan dapur.
Lokasinya di Jalan Ampang berdekatan dengan deretan beberapa kedutaan asing, kawasan digelar sebagai Embassy Row. Tetamu hanya perlu berjalan kaki untuk ke kompleks beli belah, restoran, kelab hiburan dan kafe.
Malah, ia terletak tidak jauh dari hospital swasta utama, Polo & Riding Club di samping lima minit perjalanan untuk ke Suria KLCC. Ringkasnya, penginapan semua suite ini bertaraf empat bintang ini menjanjikan sentuhan peribadi yang tidak akan dilupakan setiap tetamu.
KEMUDAHAN
Selain kad sekuriti lif dan kaunter perkhidmatan tetamu 24 jam, apartmen servis ini menawarkan tempat letak kereta berbumbung, kolam renang dan gimnasium. Spa yang beroperasi di hotel ini bakal dibuka tidak lama lagi.
INFO
The Nomad Sucasa
222, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel :03 4251 3833
Faks : 03 4252 1096
Emel : resvn@thenomadsucasa.com
http://www.sucasahotel.com/
|
|