» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Santai

Santai Melancong dalam kebun

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my



BERBENTUK seperti kentang, Taiwan yang terletak di tenggara China sebuah negara pulau yang dihuni lebih 23 juta penduduk. Secara geografi, muka buminya masih muda apabila terbentuk hanya sekitar empat juta tahun lalu.

Dunia lebih mengenalinya dengan bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Taipei 101. Namun, pulau yang memiliki antara kepadatan penduduk tertinggi ini kaya dengan landskap semula jadinya sebagai aset pelancongan tersendiri.


Banjaran pergunungan yang merentasi tengah negara ini menjadi lokasi paling sesuai untuk industri pertanian dan penternakan. Ladang dan kebun bunga yang banyak dibuka di lereng bukit kini berkembang kepada agropelancongan, sekali gus menjadi tarikan terbaru negara itu.

Pengarah Persatuan Pelancong Taiwan (Kuala Lumpur), Chang Fu-Nan, berkata warga kota terutama golongan muda di Taipei kini gemar mengisi percutian hujung minggu mereka dengan petani hujung minggu atau ‘weekend farmer’, konsep pelancongan yang semakin popular di Taiwan.

“Pelancong berpeluang mempelajari cara hidup petani dalam suasana perkampungan tradisional desa. Ini termasuk melawat kebun tanaman organik dan ladang teh di samping mencuba sendiri pengalaman membuat yogurt dan aiskrim.

“Kebanyakan orang muda gemar menyertai aktiviti membuat kraftangan tradisional selain diberi peluang memetik sendiri sayur dan buah-buahan segar terus dari ladang,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Setiap ladang menawarkan tarikan dan keunikan tersendiri bergantung kepada pakej yang disertai pelancong. Meskipun begitu, kebanyakan pakej turut menyelitkan acara minum teh, barbeku, melawat ladang, memancing di tasik dan pembuatan tanglung tradisional.

Suhu sejuk di kawasan pergunungan membolehkan pelbagai jenis buah-buahan di tanam di negara itu. Jika mahu melihat strawberi, pengunjung boleh melawat Miaoli, lai dan peach (Taichung), buluh dan teh (Nantou) dan pisang (Pingtung).

Menurutnya, Biro Pelancongan Taiwan bakal menerbitkan panduan pelancongan Muslim mengandungi senarai masjid dan restoran makanan halal untuk kemudahan pelancong beragama Islam ke negara itu.

“Usaha ini untuk menarik lebih ramai warga Malaysia terutama orang Islam menghayati keindahan dan pelbagai tarikan pelancongan yang ditawarkan di Taiwan,” katanya.



>Info



Ladang utama di Taiwan

>Hsinchu

Sheipa Leisure Farm yang terletak 1,923 meter dari aras laut di Yemakanshan adalah ladang persendirian berdekatan Taman Negara Sheipa. Menawarkan penginapan kabin dikelilingi pemandangan indah kebun buah-buahan berhampiran kawasan Hutan Rekreasi Guanwu.

Mountain View Resort yang terletak di kawasan pertanian di Pailan pula menawarkan percutian Eropah dalam suhu nyaman sekitar 18 hingga 22 darjah Selsius. Tarikan utama termasuk kolam air panas dan kelip-kelip pada setiap Mei.



>Miaoli

Flying Cow Ranch menjadi tumpuan kerana kesegaran produk tenusu, penginapan kabin, taman organik dan ladang ternakan. Keindahannya sudah acap kali diabadikan dalam beberapa drama dan sering dijadikan lokasi untuk penggambaran album perkahwinan.

Shanbangiao Facial Mask Culture Hall pula mempamerkan lebih 1,000 topeng muka buatan tangan. Pengunjung pasti teruja untuk menyertai demonstrasi membuat topeng dan menikmati teh dan biskut tradisional.



>Taichung & Chiayi

Dikenali sebagai Yamingshan di tengah Taiwan, Tung Shih Forest seluas 200 hektar yang kaya dengan pelbagai sumber galian ini menawarkan pemandangan indah pohon maple dan bunga bermusim.

Long Yun Holiday Farm atas tapak seluas 400 hektar di Chiayi pula menawarkan pemandangan semula jadi hutan, gua dan kelip-kelip. Tumbuhan herba seperti ginkgo juga mudah didapati di ladang ini.



Rujukan percutian

Persatuan Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur

Tel: 03-20706789 / Faks: 03-20723559

Emel: tva@streamyx.com

Laman web: htttp://taiwan.net.tw

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker