Layanan VVIP One World
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my
SATU lokasi, satu pengalaman, satu kepakaran. Satu Dunia.
Itulah janji One World, hotel lima bintang di Bandar Utama, Petaling Jaya apabila membuka pintu kepada tetamu sejak lebih setahun lalu.
Dekorasi lobi sama ada marmar Crema Valencia, candelier yang digantung pada kabel keluli dan lampu kaca hiasan yang menerangi sudut di ruang lif sudah menterjemahkan gaya mewah yang cuba ditampilkan dalam setiap sudut hotel 20 tingkat ini.
Gaya penuh mewah ini juga menyambut tetamu kelab eksekutif, Peridot Club. Tetamu kelab ini bakal menerima layanan VVIP dengan urusan daftar masuk dan keluar peribadi oleh ‘Club Pursers’ selain akses penggunaan lounge kelab.
Keistimewaannya, bagaimanapun banyak bergantung kepada lokasi strategik di Petaling Jaya. Selain terletak bersebelahan kompleks beli-belah 1 Utama, ia berdekatan gedung Ikea dan berhampiran kawasan hijau di Bandar Utama iaitu Central Park.
Kompleks 1 Utama misalnya menawarkan pengalaman membeli-belah menerusi lebih 600 kedai, dua sinepleks dengan 20 layar, pusat boling 30 lorong, pasar raya ‘hyper’ dan pelbagai pilihan kafe dan restoran.
Tempat makan
Cinnamon Coffe House tampil dengan konsep dapur terbuka menghidangkan menu istimewa daripada pelbagai budaya dari serata dunia. Namakan apa saja, sama ada Cina, Melayu Jepun, Timur Tengah dan Itali, semuanya dimasak menggunakan bahan segar di depan tetamu.
Dibuka untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam, ia turut menawarkan hidangan ala carte selepas selesai bufet atau untuk hidangan larut malam atau supper. Seksyen khas turut dibina untuk mereka yang ingin menikmati pengalaman ‘alfresco dining’.
Restoran Cina Zuan Yuan di aras lobi pula kini menawarkan santapan maharaja China dalam dekorasi penuh bergaya. Paling mencuri tumpuan, set dim sum ‘Emperor’ dan ‘Empress’ ditawarkan pada harga serendah RM38.
Hidangan Kantonis untuk berkumpulan, masing-masing ditawarkan menerusi set dari RM55, RM70, RM90 dan RM120 untuk seorang. Harga istimewa turut disediakan untuk mereka yang datang secara berkumpulan.
Mereka yang mahu bersantai sambil menikmati persembahan ‘live band’ boleh mengunjungi ‘The Sphere Lounge’. ‘Poolbar & Grill’ pula untuk bufet barbeku dalam suasana santai di tepi kolam renang dan ‘Long Bar’ untuk mereka yang gemar berlibur pada malam minggu.
Kemudahan persidangan
Keluasan 4,000 meter persegi diperuntukkan untuk dewan utama Imperial Ballroom yang boleh dipecahkan kepada tiga bahagian selain 15 bilik mesyuarat dengan saiz berbeza.
Promosi
Pakej bulan madu menawarkan penginapan tiga hari dua malam pada harga RM1,420 (duluxe), Peridot Club Duluxe Room (RM1,660) dan Perdiot Club Junior Suite (RM2,195) dan Peridot Club Executive Suite (RM2,630).
Hotel
Hotel One World
First Avenue
Bandar Utama City Centre
47800 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-7681 1111
Faks : 03-7681 1188
www.oneworldhotel.com.my
|
|