» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Santai

Santai Cherating destinasi pilihan






SEPANJANG musim cuti persekolahan ini, pastikan anda berkunjung ke Minggu Kulinari Club Med Cherating bagi merasai pengalaman menjamu selera dengan pelbagai hidangan enak dari seluruh dunia.

Bagi pencinta makanan dan mereka yang gemarkan cabaran, promosi tiga minggu ini membolehkan mereka menikmati pesta gastronomi di restoran di pusat peranginan yang beberapa kali meraih pengiktirafan antarabangsa ini.


Pesta ini bermula saat tetamu bangun pada awal pagi. Selepas menikmati sarapan berkhasiat, mereka akan menyaksikan seni pembuatan sushi, ukiran sayur dan buah-buahan, atau mempelajari penyediaan hidangan pencuci mulut seperti roti coklat putih dan epal hijau.

Tetamu juga boleh mencuba hidangan campuran dari seluruh dunia seperti ayam dan daun pudina yang dimasak mengikut gaya Eropah, ayam Szechuan, tempura atau murtabak. Program ini akan diselia oleh chef berpengalaman diketuai oleh Chef Ahmed Yassine dari Mesir.

“Saya berasa bangga kerana berpeluang membawa tetamu kami di Club Med Cherating dengan pengembaraan gastronomi yang bakal dikenang sampai bila-bila,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Dengan tema berbeza setiap hari, menjamu selera di Club Med Cherating seakan pengembaraan yang tidak akan dapat dilupakan. Tema Festival Nasi Antarabangsa, umpamanya, memberi peluang tetamu mencuba pelbagai jenis rasa dan gaya penyediaan juadah berkaitan nasi dari Mesir, Perancis, Greece, India, Sepanyol dan Thailand.

Manakala, “Ocean Fiesta” pula membawakan pesta makanan laut, dan bufet “Island” pula menyajikan masakan pulau dari Bali, kepulauan French Polynesia dan Maldives.

Terletak di kawasan hutan hujan dan menghadap keindahan laut pantai timur Semenanjung Malaysia, Club Med Cherating menawarkan percutian menakjubkan buat pasangan baru atau berkeluarga. Antara lain, ia menawarkan pelbagai pilihan aktiviti termasuk merentas denai, memanah, yoga dan luncur angin.

Minggu Kulinari ini ditawarkan kepada tetamu tanpa bayaran tambahan. Pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai promosi, hubungi Club Med di talian 03-2161 4599 atau melayari laman web, www.clubmed.com.my.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker