» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Santai

Santai Firefly terbang ke Koh Samui

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my



FIREFLY, anak syarikat milik penuh Penerbangan Malaysia (MAS) membuat penerbangan sulungnya ke Koh Samui, antara laluan antarabangsa yang diperkenalkan menjelang akhir tahun ini.

Ketua Komunikasi dan Pemasarannya, Angelina Fernandez, berkata pihaknya yakin pengenalan laluan itu bakal menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan ekonomi Segi Tiga Pertumbuhan Ekonomi Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).


“Perluasan jaringan Firefly lebih memfokuskan kepada Indonesia, Malaysia dan Thailand. Kami juga berhasrat memperkenalkan beberapa laluan baru meliputi segi tiga pertumbuhan di tiga negara ini, menjelang suku pertama 2009,” katanya.

Menurutnya, laluan baru menghubungkan Kuala Lumpur dengan dan Koh Samui yang sudah lama menempa nama sebagai destinasi percutian antarabangsa bakal membuka peluang pertumbuhan ekonomi antara kedua negara.

“Kini, lebih ramai dapat menikmati keindahan pulau ini dan menggalakkan pelancong asing berkunjung ke ibu kota. Kami juga terbang ke banyak destinasi lain termasuk Langkawi, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

“Laluan ini juga memudahkan golongan ekspatriat di Koh Samui terbang ke Malaysia untuk memperbaharui visa mereka. Ia memberi peluang kepada mereka meneroka destinasi pelancongan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang media selepas tiba di Koh Samui dengan penerbangan pertama pesawat baru Firefly, ATR72-500 dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, baru-baru ini.

Hadir sama, Penolong Pengarah Lembaga Pelancongan Thailand (Kuala Lumpur), Saratwadee Asasupakit.

Serentak dengan penerbangan pertama itu, Firefly Holidays menawarkan pakej percutian tiga hari dua malam pada harga serendah antara RM180 dan RM2800 seorang.

Pakej boleh disesuaikan dengan bajet sama ada pengembara backpacker, bisnes atau mereka yang bercuti bersama keluarga.

Selain dari penerbangan empat kali seminggu dari Subang, Firefly turut membuat penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Koh Samui.

Dalam perkembangan lain, Firefly membuat penerbangan sulungnya ke Pekan Baru, Sumatera dari Subang, satu daripada tiga laluan barunya ke wilayah Indonesia itu, pada tarikh sama. Dua laluan lain adalah dari Pulau Pinang ke Medan dan dari Pulau Pinang ke Banda Aceh.

Maklumat lanjut, layari laman web, www.fireflyz.com.my.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker