» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Santai

Santai Pakej percutian Muslim Apple

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my



ALIRAN terbaru dalam industri pelancongan antarabangsa menyaksikan agensi pelancongan mula meneroka potensi pakej percutian Muslim, yang kian mendapat tempat di kalangan pengguna tempatan, terutama selepas tragedi 9/11.

Apple Vacation & Convention Sdn Bhd, umpamanya menjadi antara pendahulu dalam sektor pelancongan ini apabila menubuhkan bahagian khusus bagi mengendalikan pakej ‘Apple Muslim Holiday’. Diketuai kakitangan beragama Islam, ia membuktikan komitmen syarikat ini dalam meneroka pasaran pengguna Muslim.


Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Desmond Lee, berkata bahagian berkenaan ditubuhkan kerana pihaknya percaya setiap pengembara atau pelancong memiliki minat, selera, kehendak dan keperluan berbeza.

“Sebagai contoh, pelancong Islam sangat mengambil berat mengenai makanan halal dan ingin melihat cara hidup masyarakat Islam di luar negara. Oleh itu, kami menyelitkan lawatan ke masjid jika membawa kumpulan pelancong Muslim,” katanya.

Apple Holiday kini mengendalikan pakej percutian Muslim ke Taiwan, Korea, Jepun, China, Mesir dan Turki.

Lee berkata, pihaknya menjalankan kajian terperinci sebelum menawarkan pakej percutian bagi memastikan setiap program yang dirangka memberikan pengalaman berlainan, berbanding dengan yang ditawarkan syarikat lain.

“Sebagai contoh, untuk lawatan di Taiwan, peserta akan diajak menyertai pelbagai aktiviti termasuk membuat kraftangan dan bukan hanya bermalam di ladang pelancongan. Selain itu, kami sentiasa memastikan peserta mendapat tempoh membeli-belah secukupnya,” katanya.

Sebelum ini, pakej ‘Apple Grand Tour Theme Tour In-depth’ yang menekankan pelancongan bertema dan lebih mendalam, tanpa program lawatan yang ketat dan tergesa-gesa, mendapat sambutan luar biasa daripada warga tempatan.

Malah, Lee sendiri turun padang melatih pemandu pelancong dan memilih destinasi dalam pakej pelancongan bagi memastikan peserta berpeluang menyelami budaya dan cara hidup tempatan.

“Ini membuktikan dedikasi kami dalam menyediakan pakej berkualiti kepada pengguna Islam di negara ini,” katanya.

Syarikat yang menerima sijil ISO 9001:2000 kerana kecemerlangan perkhidmatan ini diasaskan pada 1996 ini menjalankan perniagaan agensi pelancongan dan berkaitan dengan rekod perolehan melebihi RM40 juta setahun.

Diketuai Lee, graduan Japan Tokyo University, mereka menjadi pendahulu dalam menawarkan pakej percutian ke Jepun. Ia memiliki 50 kakitangan sokongan dan aktif menyertai pelbagai ekspo pelancongan antarabangsa.

Maklumat lanjut, hubungi Apple Muslim Holiday di talian 03-214182650 atau laman web, http://www.appleholiday.com

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker