Layanan mesra di hotel moden
IMPIANA Hotels and Resorts dikenali kerana keunikan tersendiri, reka bentuk dan hiasan dalaman yang memiliki teknologi moden selain layanan bertaraf antarabangsa.
Hotel di Jalan Pinang hanya beberapa ratus meter dari mercu tanda utama negara, Menara Berkembar Petronas dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Lokasinya di tengah kawasan segi tiga emas juga menjadikan hotel ini penginapan pengembara bisnes yang popular.
Justeru, gaya moden tetapi elegan menjadi teras hiasan dalaman hotel ini - baik dari ruang lobi hingga ke setiap satu dari 335 biliknya - sama ada jenis Superior, Deluxe dan Junior Suites.
TEMPAT MAKAN Tonka Bean Cafe. Deli, restoran 24 jam menyajikan pengalaman menjamu selera dalam suasana penuh bergaya.
Terletak di tingkat lobi, ia menampilkan dekorasi ala korporat.
Dengan kapasiti 180 orang untuk tempat duduk dalam dan 24 lagi di luar, ia turut menyediakan akses laptop percuma. Operasi bermula dari jam 8 pagi hingga 9 malam.
MESYUARAT DAN PERSIDANGAN Dewan bankuet Impiana mempunyai kapasiti 250 untuk majlis makan malam dan 420 untuk acara duduk.
KEMUDAHAN LAIN Spa Swasana menawarkan pelbagai rawatan meliputi terapi urutan muka, badan dan aromaterapi untuk mereka yang mahu memanjakan diri.
Terletak di tingkat tujuh, spa ini menawarkan urutan badan warisan penjagaan kesihatan Melayu, Thai dan Bali.
Ia menawarkan pakej istimewa “Spice Impression”, kombinasi balutan tubuh herba berempah (60 minit), terapi urutan badan (60 minit) dan mandian herba (30 minit) pada harga RM350 seorang.
HOTEL Impiana KLCC Hotel & Spa 13, Jalan Pinang Kuala Lumpur Tel: 03-21471111 atau 1 800 88 3100. http://www.impiana.com/
|
|