» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Santai

Santai Tamu Niah himpun khazanah Sarawak

Teks Yooga Rani Murugiah
yooga@hmetro.com.my



JIKA Alor Star terkenal dengan Pekan Rabu dan Kuala Terengganu dengan Pasar Payang, Sarawak berbangga dengan tamu (pasar) yang menjadi daya tarikan pelancong ke negeri itu.

Pasar tamu di Sarawak menjadi tumpuan penduduk Brunei dan Indonesia, membeli belah dan beriadah di hujung minggu.


Di Miri, tamu Niah memang popular di kalangan pelancong asing dan penduduk tempatan untuk mendapatkan makanan dan barangan pada harga berpatutan.

Penduduk dari kawasan berhampiran seperti Bekenu, Niah dan Bintulu juga datang ke sini untuk mengisi bekalan stok makanan.

Jika anda dalam perjalanan ke Gua Niah, pasti pemandu pelancong akan membawa anda singgah di Tamu Niah.

Tamu Niah terbahagi kepada dua bahagian. Pertama bangunan ini menempatkan lot kedai dan restoran makanan yang menyediakan pelbagai juadah istimewa Sarawak. Bahagian kedua adalah lot pasar kering dan basah yang menempatkan peniaga etnik.

Tamu Niah menarik dan satu-satunya tempat yang menjual pelbagai makanan dan hasil hutan. Kekayaan hasil hutan di Sarawak membuatkan peniaga mudah mendapatkan bekalan untuk dijual di tamu ini.

Suasana pasar pagi begitu meriah apabila puluhan peniaga etnik membanjiri ruang khas tamu ini untuk memasarkan murah hasil hutan, buah-buahan yang jarang dijumpai hingga sayuran hijau segar yang dipetik dari kebun mereka.

Selain madu asli, antara buah yang dijual adalah salak, keranji, durian hutan, tampoi, dabai, tapui, asam paya manakala sayur-sayuran kampung seperti midin, pucuk paku, ubi kayu, terung iban dan beras Bario.

Apabila ke tamu ini, jangan lupa juga menikmati juadah tempatan menyelerakan seperti hidangan midin, umai (jeruk ikan), ulam paku goreng dengan sambal belacan dan laksa Sarawak. Miri juga adalah syurga makanan laut.

INFO :

  • PASAR TAMU NIAH

  • Lokasi : Terletak di persimpangan Batu Niah, Niah. Dari Tamu Niah ke Gua Niah kira-kira 11 kilometer.

  • Tamu Niah menempatkan seluruh peniaga etnik dari Sarawak. Restoran di tamu ini beroperasi 24 jam.

  • Cara ke sana : Perjalanan dari bandar raya Miri ke Niah dengan menaiki kereta mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit. Ia terletak di tengah perjalanan ke Gua Niah.

  • Carian Artikel
    Lain-lain artikel :





    VARIASI

    Santai

    lagi
    lagi
    lagi
    it@Metro
    lagi
    Dekotaman
    lagi
    it@Metro
    lagi


     
    MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker