» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Santai

Santai Bakar 1,000 lemang

Teks dan gambar Mohd Amin Jalil
rencana@hmetro.com.my



BERLANDASKAN semangat gotong-royong Homestay Laman Bangkinang mengadakan pesta bakar 1,000 batang lemang bersama penduduk kampung dan pelatih dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua Ulu Langat Selangor, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Razi Kail, berkata pihaknya menyambut baik langkah penduduk kampung itu menganjurkan aktiviti sebagai suatu tarikan pelancong.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Juasseh, berkata pengusaha homestay perlu menampilkan sesuatu kelainan kepada pelancong.

"Kerajaan negeri akan memberi sokongan padu kepada pengusaha pusat homestay untuk mempelbagaikan aktiviti pelancongan mereka.

"Program itu menelan belanja RM7,000 membabitkan kos membeli 250 kilogram (kg) beras pulut, 160 kg santan dan 100 kg daging lembu bagi menyediakan 1,000 batang lemang," katanya.

Penduduk datang seawal jam 7 pagi bagi menjayakan program berkenaan. Semua lemang itu hanya siap dibakar sepenuhnya menjelang tengah hari.

Penyelaras program Udin Salihin, 42, berkata idea mengadakan aktiviti ini tercetus melalui mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pengusaha homestay untuk meraikan pelancong di Laman Bangkinang.

Menurutnya, penganjur bercadang untuk menjadikan aktiviti itu sebagai acara tahunan sebagai tarikan sesuatu yang istimewa buat pelancong bagi menambah daya tarikan mereka yang berkunjung ke situ setiap tahun.



>Info

Homestay Laman Bangkinang yang terletak di Kampung Tapa, Batu Kikir ini menawarkan pengalaman percutian dalam suasana permai desa. Ia turut menyediakan pakej menarik iaitu peluang menghayati kehidupan masyarakat Orang Asli dan kesejukan air terjun Jeram Tengkek.

Ada banyak program homestay lain di negeri ini termasuk Homestay Pelegong di Labu; Kampung Lonek, Jempol; F Best di Serting Hilir; dan Homestay Kampung Londah Gemas.

Tiga lagi homestay yang baru dibuka ialah di Kampung Sega, Rantau; Kampung Kok Talang, Kuala Pilah dan Kampung Nyamor, Rembau.

Produk terbaru ialah kampungstay yang tidak memerlukan pelancong tinggal bersama penduduk sebaliknya berkonsepkan hotel tetapi masih dalam suasana kampung.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker