» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Santai

Santai Dekati Orang Asli Tasik Banding

Oleh Petah Wazzan Iskandar
wazzan@bharian.com.my



KEDAMAIAN dan keharmonian ditemani kicauan burung dan bunyi buaian flora ditiup sepoi-sepoi angin adalahpengalaman yang tidak dapat dilupakan jika berada di Tasik Banding, Lembah Belum, Grik di Hulu Perak.

Pengalaman ini dapat dirasai ketika penulis mengikuti lawatan amal tiga hari bermula 25 Julai lalu oleh Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Kebudayaan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) meneroka keindahan Tasik Banding sambil beramal dan mendekati masyarakat Orang Asli di tasik itu.


Lawatan ini dikatakan memecah tradisi masyarakat Orang Asli di sekitar Tasik Banding kerana NSTP menjadi syarikat korporat pertama menjejakkan kaki ke tanah mereka yang disertai 24 orang termasuk 14 sukarelawan daripada pelbagai jabatan di NSTP iaitu seorang doktor, Dr Shahrizan Mohd Shah; tiga jururawat dan Pegawai Pembangunan JHEOA, Zainal Ishak.

Perjalanan sejauh 360 kilometer menggunakan lebuh raya berakhir setiba di jeti Tasik Banding dan selepas diberi taklimat, kami bertolak ke perkampungan Orang Asli Pulau Tujuh menggunakan dua bot laju dan feri yang membawa bekalan makanan serta perubatan.

Selepas 30 minit meredah tasik, ketibaan kami di perkampungan Orang Asli Pulau Tujuh yang menempatkan suku kaum Temiar dan Jahai disambut kira-kira 12 keluarga Orang Asli yang menanti di rumah sewang (dewan). Mereka kemudian diberi pemeriksaan kesihatan serta bantuan barangan keperluan harian dan kewangan.

Selesai urusan, kami ke sebuah lokasi di pinggir Kampung Chiong untuk menikmati makanan tengah hari lauk kampung dan buah-buahan seperti durian, rambutan serta manggis menggunakan bot. Sukar digambarkan dengan kata-kata keseronokan menikmati juadah kampung dalam suasana hijau dan tenang.

Apabila semua orang sudah kenyang dan cukup rehat, kami bertolak ke Kampung Charok Bus yang dihuni 13 keluarga dan Kampung Tebang. Di situ kami turut menyampaikan bantuan bekalan harian, rawatan percuma dan kewangan. Sumber pendapatan mereka adalah bercucuk tanam.

Selesainya misi kami di kampung terbabit, program seterusnya ke perkampungan Orang Asli Kampung Chiong. Walaupun sibuk beramal, peluang yang ada tidak dilepaskan dengan melakukan aktiviti bebas seperti memancing, meronda sekitar kampung dan beramah mesra dengan penduduk.

Sewaktu kami bersama penduduk, beberapa orang daripada mereka memberitahu terdapat seekor gajah jantan yang mendiami kawasan berhampiran Kampung Tebang, iaitu di kawasan hilir Sungai Tebang. Gajah jantan itu dipercayai sering berlegar-legar di kampung itu kerana banyak pokok pisang ditanam penduduk.

Keesokan paginya, beberapa peserta termasuk Dr Shahrizan berhimpun di rumah sewang Kampung Chiong untuk menyampaikan bekalan harian, rawatan percuma dan kewangan untuk pengisian program terakhir. Di sini, semua kanak-kanak Orang Asli diberi anak patung beruang sebagai alat permainan.

Selepas semua bekalan dan rawatan habis diagihkan, kami berkemas untuk bertolak ke jeti Tasik Banding kerana bas yang akan membawa kami pulang ke Kuala Lumpur, sudah menunggu.

Sebelum memulakan perjalanan pulang, kami mengabadikan kenangan dengan mengambil gambar berlatarbelakangkan Tasik Banding dan setiba di pekarangan Balai Berita NSTP, semua peserta tersenyum kerana tersematnya 1,001 kenangan indah di Tasik Banding.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker